Mediaklik
Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) - Panduan Lengkap

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) – Panduan Lengkap

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) adalah merupakan sebuah program khas yang ditawarkan kepada warganegara Malaysia pada tahun ini.

Skim PPBU ini ditawarkan kepada belia yang berada di peringkat pengajian tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda yang merupakan warganegara dan inisiatif ini disediakan oleh yayasan bank rakyat.

Program Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah

Tujuan dan maklumat utama perlaksanaan program PPBU ini untuk membantu pembangunan ekonomi dan sosial rakyat Malaysia dengan memberi insentif bantuan kepada pelajar yang cemerlang.

Mereka yang melanjutkan pengajian ke peringkat IPT awam atau swasta dan institut latihan di dalam negara secara sepenuh masa layak untuk memohon.

Inisiatif ini ditawarkan khusus kepada pemohon yang telah mendapat tawaran kemasukan dan berada dalam tahun pertama pengajian di institusi.

PPBU menyediakan bantuan bentuk pendidikan kepada para pelajar dalam spektrum yang sangat luas berkaitan akedamik dan praktikal yang diambil.

Bidang Pengajian Yang Diutamakan Dalam Pembiayaan Pendidikan Ubah

Di bawah adalah senarai bidang pengajian keutamaan yang diberikan bagi pembiayaan PPBU ini :

  • Perbankan
  • Perakaunan
  • Ekonomi dan Komunikasi media
  • Pengurusan perniagaan
  • Sumber manusia
  • Sains aktuari
  • Undang-undang

Syarat Kelayakan Pembiayaan Pendidikan PPBU

  1. Berstatus warganegara Malaysia
  2. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja
  3. Pengesahan kemasukan daripada pihak Universiti awam atau swasta
  4. Umur tidak kurang dari 18 tahun semasa permohonan dikemukakan
  5. Pemohon memiliki diploma dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 ATAU matrikulasi dengan PNGK minimum 3.0 atau STPM atau STAM
  6. Bantuan pembiayaan ini adalah khas untuk pelajar yang berada dalam keluarga B40.

Pendaftaran Permohonan Pembiayaan PPBU

Kepada keluarga yang mempunyai anak-anak yang sedang melanjutkan pengajian dan berkelayakan, permohonan boleh dibuat pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat dari bantuan ini. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman pautan rasmi – PPBU YAYASAN BANK RAKYAT

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan program khas ini, anda boleh hubungi talian Am di 603-2612 9600 atau e-mel ke alamat info@yayasanbankrakyat.com.my untuk maklumat lanjut.

Add comment