Pengasas Rumah Bonda kini ditahan Polis

0

Setelah hampir beberapa minggu sempat reda seketika berkaitan kes penderaan seorang kanak-kanak Syndrome Down bernama Bella yang disyaki dilakukan oleh pengasas Rumah Bonda, kini suspek utama sudah pun ditahan Polis semalam bagi membantu siasatan kes.

Ini diashkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Bukit Aman Asisten Konisioner Siti Kamsiah Hassan ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, Siti Bainun ditahan selepas diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi memberi keterangan susulan beberapa laporan polis yang dibut terhadapnya.

Kertas siasatan baharu telah dibuka dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506, Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah, -katanya.

Pihak POlis mengemukakan permohonan reman ke atas wanita itu pagi ini di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Sebelum ini kecoh di media sosial Facebook membongkar sisi gelap Rumah Bonda yang dikatakan penjaga kepada Bella, iaitu kanak-kanak SD berusia 13 tahun yang didakwa didera dengan kejam oleh pengasas Rumah Bonda yang tidak asing lagi di Kuala Lumpur.

Hasil siasatan pihak Polis juga mendapati Rumah Bonda beroperasi secara haram sejak 2019 dan tidak berdaftar dengan JKM,

Klik Sini! Update Terkini Pengasas Rumah Bonda Dibebaskan, Permohonan Reman Ditolak

Sumber : Metro

Leave A Reply

Your email address will not be published.