Mediaklik
Pengeluaran KWSP Akaun 3 Dibenarkan Pada Bulan Julai Ini

Pengeluaran KWSP Akaun 3 Dibenarkan Pada Bulan Julai Ini

Pengeluaran KWSP Akaun 3 atau akaun fleksibel masih dibenarkan pada bulan Julai ini kepada ahli yang berumur 55 tahun dan kebawah.

Sebahagian kemudahan pengeluaran telah diperkenalkan oleh pihak KWSP bagi memberi manfaat kepada para pencarum pada tahun ini.

Pengeluaran KWSP Melalui Akaun 3

Tahukah kalian pada pertengahan tahun 2024, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menstrukturkan semula akaun KWSP. Akaun 1 sebagai akaun persaraan, akaun 2 sebagai akaun sejahtera dan akaun 3 sebagai akaun fleksibeliti jangka masa pendek.

Dengan adanya tambahan 1 lagi akaun, ahli mempunyai lebih pilihan untuk menguruskan wang dana simpanan mereka secara lebih teratur. Pada bulan Julai ini, ahli berumur 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang dari akaun 3 tanpa sebarang masalah.

Kepada yang masih tiada dana dalam akaun tersebut, pemindahan sebahagian dana dari akaun sejahtera ke akaun fleksibel boleh dilakukan sehingga penghujung bulan Ogos 2024. Jika tidak melakukan pemindahan, permulaan bagi akaun 3 adalah bermula dari kosong.

Pemindahan Dana Ke Akaun 3 KWSP

Sekiranya ahli mempunyai baki kurang daripada RM1,000 di dalam akaun 2 (sejahtera), pemindahan kesemua simpanan boleh dilakukan ke akaun 3 (fleksibel). Manakala jika ahli mempunyai baki dari akaun 2 tidak sampai RM3,000, jumlah maksimum yang boleh dipindahkan ke dalam akaun 3 adalah RM1,000 sahaja.

Untuk ahli yang mempunyai dana dalam akaun 2 melebihi RM3,000, pembahagian akan dibuat seperti contoh di bawah.

Simpanan akaun 2 Abu mempunyai RM9,000, kadar amaun yang boleh dipindahkan adalah :

  • (5/30) Dipindahkan ke dalam akaun 1 (Persaraan) : RM1,500
  • (15/30) Akan kekal dalam akaun 2 (Sejahtera) : RM4,500
  • (10/30) Boleh dipindahkan ke dalam akaun 3 (Fleksibel) : RM3,000

Abu dibenarkan membuat pemindahan dana ke akaun 3 maksimum RM3,000.

Butiran Lengkap & Cara Pengeluaran Akaun 3 KWSP

Kepada para pencarum, pengeluaran melalui akaun fleksibel boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana jua. Panduan lengkap dan butiran penuh telah disediakan, sila ke pautan rasmi – AKAUN 3 KWSP

Informasi Lebih Lanjut

Pelbagai jenis program skim, kemudahan dan inisiatif bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan tempatan bagi menangani masalah kos sara hidup rakyat yang memerlukan. Kepada yang tidak tahu atau terlepas pandang boleh semak – SENARAI BANTUAN yang ada dan berkelayakan untuk memohon.

Add comment