Pengeluaran KWSP bersyarat FSA2 fasa 1 kini telah dibenarkan kepada ahli/ pencarum KWSP yang berkelayakan. Kemudahan pembiayaan Fasiliti Sokongan akaun 2 ini diperkenalkan bagi membantu ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran peribadi.
PENGELUARAN KWSP BERSYARAT FSA2
Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memperkenalkan sebuah inisiatif kemudahan pengeluaran pembiayaan peribadi melalui institusi perbankan. Pencarum boleh membuat permohonan awal umur 50 atau 55 tahun untuk membantu mendapatkan pembiayaan peribadi pada tahun ini.
Amaun pengeluaran akan diambil kira dari simpanan yang ada dalam akaun 2 KWSP untuk mendapatkan pembiayaan peribadi dari institusi perbankan. Apa yang menarik adalah bayaran pengeluaran tersebut kemudian hanya akan dibuat kepada pihak bank apabila ahli telah mencapai umur 50 hingga 55 tahun.
KADAR PENGELUARAN KWSP BERSYARAT YANG DIBENARKAN
Untuk pengetahuan, kadar pengeluaran KWSP bersyarat FSA2 fasa 1 ini yang dibenarkan adalah serendah RM3,000 sehingga maksimum RM50,000. Jumlah adalah bergantung pada baki simpanan dalam akaun 2 KWSP.
Setiap pemohon perlu mengikuti terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP dan institusi perbankan yang dipilih. Proses permohonan akan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak bank.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN FSA2
Berikut adalah beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan bagi pengeluaran FSA2 KWSP seperti di bawah :
- Terbuka kepada ahli KWSP
- Warganegara Malaysia
- Umur belum mencapai 55 tahun
- Permohonan dibenarkan sekali sahaja
- Permohonan yang berjaya tidak boleh dibatalkan
- Mempunyai baki amaun minimum dalam simpanan akaun 2 KWSP RM3,000
INSTITUSI PERBANKAN
Untuk makluman, permohonan pengeluaran khas ini hanya melibatkan 2 institusi perbankan sahaja seperti berikut :
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
- MBSB
Permohonan pengeluaran KWSP bersyarat FSA2 ini telah dibuka bermula April 2023. Kepada pencarum yang ingin membuat pengeluaran khas ini, permohonan boleh dikemukakan pada bila-bila masa sepanjang tahun ini.
DAFTAR PERMOHONAN
Bagi ahli yang berkelayakan dan memerlukan, pendaftaran permohonan boleh dilakukan pada tahun ini. Panduan daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi – FSA2 KWSP
INFO LEBIH LANJUT
Terdapat pelbagai jenis kemudahan dan bantuan kewangan yang telah disediakan oleh kerajaan pada tahun ini bagi meringankan beban kewangan rakyat. Sila ke laman utama untuk semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – RUJUK DISINI untuk info lengkap.
Add comment