Mediaklik
Pengeluaran Wang KWSP Akaun 1, 2 & 3 Diluluskan Hari Ini

Pengeluaran Wang KWSP Akaun 1, 2 & 3 Diluluskan Hari Ini

Pengeluaran Wang KWSP Akaun 1, 2 dan 3 telah diluluskan hari ini dan boleh dilakukan oleh ahli selagi menepati kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Para pencarum KWSP pada tahun ini lebih banyak pilihan untuk menguruskan kewangan mereka kerana kini terdapat 3 kemudahan akaun.

Pengeluaran Wang KWSP Akaun 1, 2 & 3

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menstrukturkan semula 3 akaun KWSP iaitu (1) akaun persaraan, (2) akaun sejahtera dan (3) akaun fleksibel. Ahli dibenarkan membuat pengeluaran penuh melalui akaun persaraan, pengeluaran sebahagian dari akaun sejahtera dan pengeluaran fleksibel di akaun 3.

Pengeluaran boleh dilakukan tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP pada tahun ini. Setiap kategori jenis pengeluaran adalah berdasarkan syarat kelayakan dan terma, berikut adalah jenis pengeluaran mengikut akaun :

Pengeluaran Melalui Akaun 1 (Persaraan)

  • Ahli yang telah mencapai umur 55 tahun
  • Pekerja berpencen
  • Hilang Upaya
  • Kematian

Akaun 2 (Sejahtera)

  • Menunaikan ibadah haji (beragama islam)
  • Perumahan (Beli rumah, bina rumah, menyelesaikan baki pinjaman)
  • Rawatan kesihatan
  • Pendidikan

Akaun 3 (Fleksibel)

  • Ahli berumur 55 tahun dan kebawah
  • Pengeluaran boleh dilakukan minimum RM50
  • Pengeluaran pada bila-bila masa bergantung baki dana simpanan akaun 3.

Butiran Lengkap & Panduan Mohon Pengeluaran Wang KWSP

Kepada para pencarum KWSP, kalian boleh membuat sebarang permohonan pengeluaran melalui akaun 1, 2 dan 3 mengikut kesesuaian kelayakan anda. Untuk panduan lengkap, sila layari laman pautan rasmi – KWSP 2024

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi talian hotline di – 03 8922 600.

Informasi Lebih Lanjut

Pelbagai jenis kemudahan berbentuk program dan bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan persekutuan bagi menangani masalah kos sara hidup golongan sasar. Kepada yang terlepas pandang boleh semak – SENARAI BANTUAN untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan inisiatif yang ada pada tahun ini dan boleh dimohon.

Add comment