Mediaklik

PERMOHONAN BANTUAN KHAS PSU 3.0 SEBANYAK RM600 KEPADA SETIAP PEKERJA SELURUH MALAYSIA!


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan melanjutkan tarikh akhir permohonan Program Subsidi Upah (PSU) dari 30 Jun ini kepada 31 Julai depan. 

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, subsidi berkenaan akan dipanjangkan secara automatik kepada majikan yang telah memohon di bawah PSI 3.0. 

Tan Sri Muhyiddin telah mengumumkan program bantuan PEMERKASA Tambahan berjumlah RM40 bilion termasuk pemberian moratorium selama tiga bulan dan antara lain inisiatifnya adalah  melanjutkan PSU di bawah Perkeso selama satu bulan bagi semua sektor ekonomi yang terkesan. 

PSU kali ini melibatkan RM1.5 bilion kos sekali gus memberi manfaat kepada 2.5 juta pekerja dan 200,000 majikan. 





TEMPOH MASA PERMOHONAN PSU 3.0 

Tempoh Pelaksanaan Program Subsidi Upah 3.0 ini telah dilanjutkan sehingga  31 Julai 2021.



SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan sebelum melakukan sebarang permohonan:

1. Berpendapatan RM4,000 dan kebawah

2. Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahunan 2020 / 2021 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019 sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

3. Pihak majikan dan para pekerjanya hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021

4. Pihak majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021


Nota :

Bagi pihak majikan yang menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan semua para pekerja mereka yang bergaji RM4,000 dan kebawah. Pihak majikan dibenarkan untuk mengurangkan waktu bekerja ataupun pengurangan gaji selepas berunding dengan para pekerja.



CARA PERMOHONAN ONLINE PSU 3.0

Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat permohonan bantuan PSU 3.0 :

1. Sila layari laman web 


2. Sila klik ‘Permohonan & Semakan’ di bahagian PSU


3. Sila klik butang ‘Permohonan 3.0’


4. Pilih negeri perniagaan beroperasi dan klik butang ‘Halaman Seterusnya’


5. Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap


6. Muat naik segala dokumen sokongan


7. Setelah selesai, klik ‘Hantar’




Untuk rekod, sehingga 30 Mei lalu, Perkeso telah meluluskan sebanyak 330,586 permohonan daripada majikan yang memberi manfaat kepada 2.72 juta pekerja dengan jumlah keseluruhan bayaran sebanyak RM15.04 bilion. 


Perkeso percaya lanjutan program ini akan dapat membantu mengurangkan risiko kehilangan pekerjaan atau mata pencarian kepada para pekerja yang majikan mereka terjejas akibat penutupan kebanyakan sektor ekonomi. 

Add comment