Permohonan Rumah Mesra Rakyat atau lebih dikenali sebagai RMR kini dibuka untuk sesi tahun 2023 kepada golongan yang layak.
Program khas ini kini telah dinaik taraf dimana permohonan boleh dilakukan bagi mereka yang berpendapatan RM5,000 ke bawah.
RUMAH MESRA RAKYAT 2023
Permohonan rumah mesra rakyat (RMR) boleh dilakukan kepada mereka yang ingin memiliki rumah sendiri dan diutamakan bagi rumah pertama. Program RMR adalah bagi membantu golongan berpendapatan sederhana dan rendah bagi memiliki rumah dengan harga mampu milik.
Menerusi program ini, kadar bayar balik adalah rendah dikenakan bulanan serendah RM300. Hal ini amat bagus bagi golongan berkelayakan untuk memilik rumah mampu milik pada tahun ini.
SYARAT KELAYAKAN RMR 2023
Beberapa syarat-syarat kelayakan bagi permohonan rumah mesra rakyat (RMR 2023) telah ditetapakan seperti di bawah :
- Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
- Individu berumur 18 tahun dan ke atas (Semasa permohonan)
- Pemohon dan pasangan masih belum memiliki rumah sendiri atau tinggal di rumah usang
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000
- Mempunyai tanah yang bersesuaian dan bebas dari bentuk gadaian ke atasnya
- Pemohon perlu mendapatkan surat kebenaran dari pemilik (Bagi kategori bukan tuan tanah)
- Keluasan tapak tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (Mengikut reka bentuk rumah)
PELAN DAN HARGA RMR 2023
Berikut adalah beberapa jenis pelan dan harga rumah mesra rakyat tahun ini :
KAWASAN SEMENANJUNG
- Keluasan rumah (1,000 kps)
- Harga rumah : RM75,000
- Subsidi pembinaan : RM20,000
- Kadar pinjaman : RM55,000
- Anggaran bayaran balik bulanan (16 tahun) : RM300
SABAH, SARAWAK DAN LABUAN
- Keluasan rumah (750 kps)
- Harga rumah : RM75,000 – RM105,000
- Subsidi pembinaan : RM20,000
- Kadar pinjaman : RM55,000 – RM86,500
- Anggaran bayaran balik bulanan (16 tahun) : RM470
KAWASAN PULAU DI SEMENANJUNG
- Keluasan rumah (850 kps)
- Harga rumah : RM85,000
- Subsidi pembinaan : RM20,000
- Kadar pinjaman : RM65,000
- Anggaran bayaran bulanan (16 tahun) : RM350
PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR PERMOHONAN RMR
Kepada mereka yang berminat memiliki rumah sendiri dengan harga mampu milik khususnya golongan B40. Sila daftar permohonan rumah mesra rakyat pada tahun ini.
Panduan lengkap permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi Syarikat Perumahan Negara Berhad – SPNB
INFO LANJUT
Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif bantuan yang disediakan oleh kerajaan pada tahun ini bagi membantu golongan memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila – RUJUK DISINI untuk informasi lengkap.
Add comment