Mediaklik
Perumahan PPR 2023 : Semak Kelayakan & Panduan Memohon

Perumahan PPR 2023 : Semak Kelayakan & Panduan Memohon

Perumahan PPR 2023 adalah merupakan program inisiatif bagi mendapatkan kediaman dengan kadar hari mampu milik pada tahun ini kepada rakyat. Untuk makluman, di halaman kali ini dikongsikan maklumat berkenaan syarat kelayakan dan panduan permohonan bagi program perumahan rakyat tahun ini.

PROGRAM PERUMAHAN PPR 2023

Untuk sedia maklum, Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan program penempatan semula kawasan setinggan dan memenuhi keperluan perumahan golongan miskin atau berpendapatan rendah (B40). Pihak Jabatan perumahan negara di bawah kementerian perumahan dan kerajaan tempatan merupakan agensi pelaksana utama projek PPR di seluruh Malaysia.

Kesemua rumah di bawah program PPR akan menggunakan spesifikasi perancangan dan reka bentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Piawaian Perumahan Nasional untuk Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2). Dengan adanya skim program seperti ini dapat membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri.

KATEGORI PERUMAHAN PPR 2023

Terdapat 2 jenis kategori bagi program perumahan rakyat iaitu untuk dimiliki dan disewa. Berikut adalah kadar yang ditawarkan mengikut jenis kategori yang ada.

KATEGORI UNTUK DIMILIKI

  • Kawasan semenanjung Malaysia : RM35,000 seunit
  • Kawasan negeri Sabah dan Sarawak : RM42,000 seunit

KATEGORI UNTUK DISEWA

  • Kadar bayaran sewaan dikenakan sebanyak : RM124 sebulan

REKA BENTUK PERUMAHAN RAKYAT

Berikut adalah reka bentuk dan ciri-ciri rumah PPR:

  • Kawasan bandar besar: jenis rumah bertingkat antara 6 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air

Kemudahan Asas disediakan seperti :

  • Dewan komuniti / ruang orang ramai
  • Surau / ruang solat
  • Gerai makan / ruang niaga
  • Tadika
  • Kemudahan OKU
  • Taman permainan / kawasan lapang
  • Rumah sampah

KRITERIA KELAYAKAN PPR 2023

Di bawah adalah beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk memohon rumah PPR:

  • Pemohon dan pasangan mestilah Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah rm3,000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Mengikut syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan Negeri

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN

Kepada mereka yang belum mempunyai rumah sendiri dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan. Panduan daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi – SPRN KPKT

INFORMASI LEBIH LANJUT

Terdapat bermacam jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila ke laman utama untuk semak senarai inisiatif yang ada dan layak untuk dimohon – RUJUK DISINI untuk informasi lengkap.

Add comment