Program Bantuan Warga Emas (BWE) 2025 merupakan inisiatif penting yang dilancarkan oleh kerajaan untuk menyokong golongan warga emas di negara ini. Pendaftaran permohonan kini dibuka dari Januari hingga Disember 2025, memberikan peluang kepada mereka yang layak untuk mendapatkan bantuan kewangan bulanan.
Program Bantuan Warga Emas 2025
Atas dasar keprihatian pihak kerajaan kepada rakyat, program BWE ini masih terus dilancarkan pada tahun 2025 khusus membantu golongan terjejas. Tahun ini, kadar bayaran program bantuan ini telah dinaikkan kepada RM600 sebulan, meningkat daripada RM500 sebulan pada tahun lalu.
Peningkatan ini adalah langkah positif bagi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh golongan warga emas yang terjejas akibat pelbagai faktor, termasuk keadaan ekonomi dan perbelanjaan harian. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah agensi yang mengendalikan sepenuhnya program BWE 2025.
Ramai yang tidak tahu JKM ada menyediakan bermacam jenis program inisiatif bantuan bulanan khusus untuk golongan terjejas dan memerlukan serta miskin tegar. Setiap program yang dijalankan menetap syarat dan jumlah bantuan yang berbeza untuk penerima bantuan tersebut.
Proses Pendaftaran dan Kelayakan Bantuan Warga Emas
Untuk mendaftar, individu perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Proses pendaftaran adalah mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian atau di pejabat pusat kerajaan yang disediakan.
Kelayakan termasuk faktor umur, pendapatan, dan keperluan hidup. Oleh itu, adalah penting bagi pemohon untuk menyediakan dokumen yang diperlukan untuk memudahkan proses pendaftaran.
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan permohonan BWE 2025 :
- Warganegara Malaysia
- Umur diatas 60 tahun
- Pendapatan / gaji bulanan dibawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
- Pemohon tidak tinggal atau menetap di pusat jagaan / dibawah kendalian kerajaan.
Bagi mereka yang berminat, permohonan boleh dikemukakan pada bila-bila masa sepanjang tahun ini selagi berkelayakan. Untuk maklumat lengkap dan cara mohon bantuan ini, sila ke laman web rasmi – eBANTUAN JKM
SELANJUTNYA
Pada tahun ini, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah memperkenalkan lebih banyak inisiatif dan program bantuan kewangan bagi memberi manfaat kepada warga Malaysia. Kepada yang terlepas pandang, anda boleh rujuk – SENARAI BANTUAN yang ada dan boleh anda mohon.