Program I-SURI KWSP ; Dapatkan Bantuan Insentif RM300

Follow the Info Bantuan kerajaan 2025 channel on WhatsApp

Program I-SURI KWSP dilancarkan oleh kerajaan sebagai satu inisiatif yang memberi insentif bantuan sebanyak RM300 khusus kepada golongan suri rumah. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi wanita di Malaysia, terutamanya dalam kalangan mereka yang berstatus suri rumah, ibu tunggal, balu, dan wanita bujang yang berdaftar di bawah sistem eKasih.

Program I-SURI KWSP 2025

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan sebuah kemudahan yang dikenali sebagai program i-suri kepada kaum wanita. Program i-suri adalah sebuah skim caruman secara sukarela yang disedikan oleh platform KWSP yang diperkenalkan khusus untuk golongan wanita.

Melalui program khas ini memberi peluang kepada wanita untuk mendapatkan insentif khas RM300 setahun. Kelulusan untuk mendapatkan insentif RM300 ini adalah tertakluk kepada syarat kelayakan tertentu.

Hanya mereka yang telah mendaftar di dalam program eKasih dan memenuhi kriteria yang ditetapkan akan dipertimbangkan. Kerajaan berhasrat untuk memastikan bantuan ini sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan, dengan memberi penekanan kepada isu kesejahteraan sosial yang dihadapi oleh wanita di Malaysia ketika ini.

Bantuan RM300 dapat memberikan kelegaan kepada suri rumah dalam pengurusan kewangan harian mereka. Ini termasuklah sokongan untuk perbelanjaan harian dan pendidikan anak-anak. Selain itu, program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran mengenai kepentingan simpanan untuk masa depan, melalui pendaftaran dalam sistem KWSP.

Dengan pencapaian program ini, diharapkan ia dapat menyokong keluarga dan meningkatkan taraf hidup golongan wanita di negara kita.

Kriteria Kelayakan Program I-SURI KWSP

Kepada mereka yang berminat menyertai program khas ini, peserta wajib menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti ;

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 55 tahun dan kebawah
  • Golongan wanita berdaftar dalam ekasih
  • Ahli KWSP.

Cara Daftar I-SURI 2025

Untuk makluman umum, pada tahun ini terdapat beberapa cara langkah mudah untuk mendaftar program khas ini, antaranya :

  1. Secara online : Melalui aplikasi mudah alih KWSP atau daftar secara dalam talian di laman web rasmi – I-SURI KWSP
  2. Kaunter KWSP : Mengisi borang KWSP dimana-mana cawangan KWSP
  3. Self Service Terminal (SST) : Hadir membawa mykad di mana-mana SST KWSP berdekatan.

Nota : Jika anda berada dalam senarai ekasih, pendaftaran i-suri akan diproses secara automatik.

Adakah I-SURI Penting?

Sangat memberi manfaat kepada golongan wanita kerana caruman sukarela yang disediakan dalam kemudahan ini akan memberi keuntungan di waktu persaraan. Ditambah dengan adanya insentif dari kerajaan sebanyak RM300 dapat membantu lagi memperkukuhkan kewangan simpanan.

Apakah Keistimewaan Faedah Yang Akan Diterima sebagai ahli?

Jika sertai program i-suri, ahli akan menerima manfaat dan faedah seperti ;

  • Insentif khas RM300 setahun
  • Perlepasan cukai
  • Dividen tahunan
  • Bantuan kematian.

Kesimpulan

Kepada mereka yang berkelayakan, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat daripada program yang ditawarkan secara percuma ini. Untuk lebih banyak info berkenaan inisiatif yang disediakan sepanjang tahun ini, sila semak – SENARAI BANTUAN yang ada dan layak untuk didapatkan.

Leave a Comment