Mediaklik

[PROGRAM JARINGAN PRIHATIN] PENDAFTARAN SUBSIDI RM180/RM300 UNTUK LANGGANAN DATA DAN PEMBELIAN PERANTI MUDAH ALIH


Kerajaan menerusi pembentangan belanjawan Malaysia 2021 telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 bilion bagi pelaksanaan Program Jaringan Prihatin yang berobjektif untuk mengurangkan beban kewangan golongan B40 dalam mendapatkan kemudahan Internet.

Menerusi Program Jaringan Prihatin, individu dari golongan isi rumah B40 yang berpendapatan bawah RM5000 layak menerima bantuan sebanyak RM180 dalam bentuk kredit telekomunikasi bagi tujuan menampung sebahagian kos harga pembelian telefon bimbit baru atau langganan pakej internet.

 



PROGRAM PRIHATIN RAKYAT


Program ini telah diumumkan di dalam Belanjawan 2021 dengan peruntukan asal RM1.5 bilion untuk membantu sekitar 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) melalui penyediaan subsidi bagi langganan perkhidmatan telekomunikasi atau pembelian peranti mudah alih.

Mengambil kira jumlah keluarga B40 yang mempunyai anak, terutamanya yang bersekolah, RM500 juta telah ditambah di bawah pakej bantuan PEMERKASA yang diumumkan Mac lalu, menjadikan nilai program ini RM2.0 bilion. Selain itu, syarikat- syarikat telekomunikasi juga akan menawarkan faedah tambahan terutamanya data tambahan percuma bernilai RM1.5 bilion. Ini menjadikan faedah keseluruhan program ini berjumlah RM3.5 bilion kepada penerima-penerima BPR.



SENARAI SYARIKAT TELEKOMUNIKASI YANG TERLIBAT

Program Jaringan Prihatin melibatkan kerjasama antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta dua belas (12) syarikat telekomunikasi di Malaysia, iaitu :
  • Celcom
  • Digi
  • Maxis
  • Mcalls
  • redONE
  • speakOUT
  • Tune Talk
  • U Mobile
  • unifi Mobile
  • XOX Mobile
  • YES
  • Yoodo



KELAYAKAN KRITERIA

Program Jaringan Prihatin mensasarkan :

  • penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Oleh itu, semua penerima BPR warganegara Malaysia layak mendapatkan bantuan subsidi pembelian pakej peranti mudah alih ataupun subsidi pelan data bulanan melalui Program Jaringan Prihatin.



PAKEJ PROGRAM JARINGAN PRIHATIN YANG DITAWARKAN

Pelan komunikasi dan pakej peranti yang ditawarkan telah disubsidi bersama oleh Kerajaan dan syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dalam program ini.


Terdapat dua jenis subsidi yang ditawarkan, iaitu:

  • Subsidi 1: Subsidi pelan data bulanan; atau
  • Subsidi 2: Subsidi pembelian pakej peranti mudah alih



PAKEJ DITAWARKAN MENGIKUT KATEGORI

1. Penerima BPR (berkahwin atau ibu/bapa tunggal) dan mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:

  • RM300 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
  • RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan


2. Penerima BPR (bujang atau berkahwin) dan tidak mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:

  • RM180 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
  • RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan.


Nota:

Hanya satu tuntutan dibenarkan bagi setiap individu atau isi rumah yang layak (disahkan melalui nombor kad pengenalan). Jika anda mempunyai dua (2) nombor mudah alih, anda hanya boleh memilih satu (1) nombor mudah alih yang akan menerima tuntutan subsidi tersebut.



CARA MEMBUAT PENDAFTARAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN 

Berikut adalah laman sesawang rasmi syarikat komunikasi yang menyertai Program Jaringan Prihatin. Penerima BPR boleh mendaftar dengan mana-mana syarikat komunikasi pilihan masing-masing. 



Penerima tidak boleh:

  • Menebus subsidi Jaringan Prihatin lebih daripada sekali sebulan.
  • Memindahkan subsidi kepada pihak ketiga atau ditukar kepada bentuk tunai.
  • Menerima subsidi secara pro rata dalam sesuatu bulan.
  • Memilih masa pembayaran subsidi dibuat. Secara umum, penebusan akan berlaku dalam bulan kalendar yang sama. Walau bagaimanapun, masa pembayaran yang tepat mungkin berbeza antara syarikat telekomunikasi yang berbeza dan antara pelan prabayar dan pasca bayar.

Sila rujuk kepada laman sesawang syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat terperinci Program Jaringan Prihatin.

Add comment