Mediaklik
Program Laptop Percuma dan Baucar Buku 2024

Program Laptop Percuma dan Baucar Buku 2024

Program khas ini adalah merupakan inisiatif khusus kepada pelajar yang mempunyai minat dalam bidang akedamik pada tahun 2024. Pihak Yayasan negeri telah melancarkan program laptop percuma untuk memberikan sokongan kepada pelajar di negeri ini.

Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan akses pendidikan dan memastikan semua pelajar mempunyai alat yang diperlukan untuk berjaya dalam pembelajaran mereka.

Program Laptop & Baucar Buku

Pihak yayasan Sarawak telah mengumumkan pembukaan pendaftaran permohonan bagi sesi akademik 2024/ 2025 khusus bagi pelajar negeri ini. Inisiatif ini disediakan dan ditawarkan dalam bentuk laptop percuma dan baucar buku bagi membantu pelajar mencapai kejayaan mereka.

Selain daripada program laptop percuma, Yayasan Sarawak turut menyediakan baucar buku 2024. Baucar ini membolehkan pelajar membeli buku dan bahan pembelajaran lain dengan kos yang lebih rendah. Ini adalah inisiatif yang penting untuk memastikan pelajar mendapat akses kepada sumber pendidikan yang berkualiti tanpa perlu membebankan kewangan keluarga mereka.

Cara Memohon dan Syarat Kelayakan

Untuk memohon program laptop percuma dan baucar buku 2024, pelajar perlulah memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Proses permohonan adalah mudah dan dapat diselesaikan secara dalam talian.

Pelajar disarankan untuk menyemak info lengkap di laman web rasmi YAYASAN SARAWAK untuk maklumat lebih lanjut tentang cara memohon dan tarikh tutup permohonan.

Add comment