Mediaklik
Program Perumahan Rakyat (PPR) 2023 : Permohonan Dibuka

Program Perumahan Rakyat (PPR) 2023 : Permohonan Dibuka

Program Perumahan Rakyat atau lebih dikenali sebagai PPR kini dibuka permohonan bagi tahun 2023 kepada mereka yang berkelayakan.

Pelbagai inisiatif telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu masyarakat dari segi pelbagai sektor pada tahun ini.

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR)

Inisiatif program perumahan rakyat (PPR) adalah merupakan sebuah skim bantuan kepada rakyat yang kurang bernasib baik dari segi kewangan bagi memiliki rumah yang lebih selesa didiami.

Program penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan asas tempat kediaman bagi golongan tidak berkemampuan dan berpendapatan rendah.

Untuk makluman, Jabatan Perumahan Negara dibawah kendalian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah merupakan agensi. Bagi perlaksanaan semua projek-projek rumah PPR di seluruh Negara.

Asas rumah yang dikendalikan dibawah program perumahan rakyat (PPR) akan menggunakan spesifikasi reka bentuk dan perancangan perumahan kos rendah. Perkara ini telahpun ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan bagi perumahan kos rendah rumah pangsa (CIS2).

SYARAT KELAYAKAN UMUM

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan umum yang telah ditetapkan bagi menyertai program (PPR) 2023 seperti di bawah :

  • Pemohon dan pasangan (Jika ada) wajib berstatus Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
  • Berumur 18 tahun dan keatas (Semasa permohonan)
  • Pemohon dan pasangan masih belum memiliki rumah
  • Mengikut syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri

JENIS KATEGORI RUMAH PPR

Bagi pengetahuan umum, terdapat 2 jenis kategori dalam program PPR ini seperti berikut :

PPR UNTUK DISEWA

  • RM124 sebulan (Kadar sewaan)

PPR UNTUK DIMILIKI

  • RM35,000 seunit bagi semenanjung Malaysia
  • RM42,000 seunit bagi kawasan negeri Sabah dan Sarawak

CARA DAFTAR PERMOHONAN

Kepada mereka yang berpendapatan rendah dan masih belum memiliki rumah sendiri, pendaftaran permohonan PPR boleh dilakukan secara online. Sila layari laman web rasmi – TEDUH KPKT untuk panduan lengkap pendaftaran.

INFORMASI LEBIH LANJUT

Bukan program perumahan rakyat (PPR) sahaja, terdapat lebih banyak inisiatif dan kemudahan yang telah ditawarkan khususnya berbentuk bantuan kewangan. Kepada mereka yang memerlukan, sila semak senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk dimohon –RUJUK DISINI untuk info penuh.

Add comment