Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah sebuah inisiatif bantuan rumah kediaman yang direka khas untuk membantu golongan memerlukan di Malaysia. Program ini diselaraskan di bawah kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (KPJT), dengan tujuan utama untuk memberikan akses kepada perumahan yang mampu milik dan selesa.
Program Perumahan Rakyat (PPR) 2025
Dalam Program PPR, terdapat dua kategori yang boleh dimohon oleh pemohon iaitu rumah untuk dibeli dan rumah untuk disewa. Kategori rumah untuk dibeli membolehkan pemohon memiliki kediaman pada kadar harga yang sangat berpatutan iaitu RM40,000 seunit.
Sementara itu, kategori rumah untuk disewa menawarkan kadar sewa serendah RM250 sebulan, menjadikannya pilihan yang menarik bagi mereka yang memerlukan kediaman sementara tanpa bebanan kewangan yang tinggi.
Program ini bukan sahaja memberikan peluang untuk memiliki rumah atau menyewa pada harga yang berpatutan tetapi juga meningkatkan kualiti hidup bagi golongan berpendapatan rendah. Dengan adanya PPR, kerajaan berusaha untuk memastikan setiap rakyat Malaysia mempunyai tempat tinggal yang selesa dan selamat.
Oleh itu, adalah penting bagi individu yang layak untuk mengambil tindakan dan memohon program ini agar dapat menikmati faedah yang disediakan. Setiap negeri telah membuat projek perumahan PPR yang boleh dimohon oleh penduduk selagi menepati kelayakan.
Syarat Kelayakan & Cara Daftar Program Rumah (PPR)
Antara syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk daftar menyertai program rumah PPR adalah seperti :
- Warganegara Malaysia sahaja
- Berumur 18 tahun dan keatas
- Tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah usang
- Keutamaan kepada golongan sasar, miskin tegar, OKU, ibu bapa tunggal dan yang mempunyai tanggungan ramai.
Jika berminat, pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian bagi mendapatkan manfaat daripada inisiatif rumah ini. Untuk butiran lengkap dan panduan cara daftar, sila layari laman web rasmi – PPR (TEDUH KPKT)
Info Lanjut
Selain PPR, kerajaan tempatan telah sediakan lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Kepada yang terlepas pandang, anda boleh cek – SENARAI BANTUAN yang ada dan layak untuk anda mohon.