Program Rumah Mesra Rakyat atau (RMR) adalah sebahagian inisiatif bantuan perumahan yang masih diteruskan pada tahun 2024 bagi membantu penduduk Malaysia memiliki rumah sendiri.
Pelbagai kemudahan dan bantuan telah diperkenalkan oleh agensi dibawah kerajaan pada tahun ini untuk memberi manfaat kepada golongan sasar, B40 dan M40.
Program Rumah Mesra Rakyat 2024
Perlaksanaan program RMR atau Rumah Mesra Rakyat ini adalah sebuah skim dibawah kerajaan persekutuan yang dikendalikan sepenuhnya oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad. Apa yang menarik adalah SPNB telah menaikkan kadar syarat pendapatan pemohon daripada sebelum ini RM3,000 kepada RM5,000 pada tahun ini.
Mereka yang belum mempunyai rumah sendiri dan memperolehi gaji bulanan dibawah RM5,000 berkelayakan untuk memohon menyertai program RMR 2024. Dengan adanya program seperti ini dapat membantu rakyat bagi merealisasikan impian membina rumah di atas tanah sendiri.
Ciri-Ciri Rumah Mesra Rakyat
Kerajaan telah menetapkan ciri-ciri perumahan RMR yang ditawarkan adalah sebuah rumah setingkat dengan kelengkapan 3 bilik tidur, 2 bilir air, 1 ruang tamu dan 1 ruang masak. Keluasan rumah pula adalah sekitar 750 kps dan lebih menarik adalah setiap pemohon yang lulus akan menerima insentif dalam bentuk subsidi berjumlah RM20,000.
Kadar purata harga bagi seunit rumah mesra rakyat adalah diantara RM75,000 hingga RM85,000 dan pembiayaan diuruskan oleh pihak syarikat perumahan negara berhad (SPNB).
Syarat Asas Kelayakan Rumah Mesra Rakyat 2024
Dibawah dikongsikan beberapa kriteria asas syarat kelayakan permohonan RMR tahun ini seperti ;
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun hingga 65 tahun
- Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
- Belum memiliki rumah sendiri atau kediaman terlalu usang/ tidak sempurna
- Tanah atau tapak cadangan perlu bersesuaian dan bebas daripada sebarang bentuk gadaian
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk pada reka bentuk rumah)
- Jika pemohon bukan tuan tanah, surat kebenaran diperlukan bagi pengesahan.
Cara Memohon Rumah RMR
Kepada mereka yang berkelayakan dan berkeperluan untuk memiliki rumah pada kadar harga mampu milik serta subsidi, permohonan boleh dikemukakan. Panduan lengkap dan cara daftar telah disediakan, sila layari pautan rasmi – RMR (SPNB)
Sebarang pertanyaan atau rujukan lebih lanjut, anda boleh ke laman rasmi diatas.
Add comment