PSU 4.0 : Permohonan & Semakan Program Subsidi Upah 4.0

0

Program Subsidi Upah akan dilanjutkan setelah PSU 3.0 akan ditutup pada 31 Julai 2021. Bagi meringankan beban golongan majikan di dalam mengekalkan pekerja mereka maka kerajaan meneruskan PSU 4.0 yang akan bermula pada 1 Ogos 2021. Pelaksanaan nya adalah selama empat bulan.

Kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM15.67 bilion di bawah Program Subsidi Upah (PSU) yang memberi kemudahan kepada 2.74 juta pekerja dan 333,533 majikan di seluruh negara

Program Subsidi Upah 4.0 ini akan disalurkan secara direct kepada majikan dan ianya adalah terhad kepada 500 orang pekerja sahaja.

Berapa tempoh pelaksanaan PSU 4.0 ?

Untuk dua bulan pertama bermula 1 Ogos 2021, PSU 4.0 akan dibuka kepada majikan di semua sektor ekonomi yang pendapatannya terjejas sekurang-kurangnya 30% selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Untuk dua bulan berikutnya, subsidi akan diberikan secara khusus kepada sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Baca juga: Cara Daftar SSM Online. Mudah Dan Cepat (Pendaftaran Perniagaan Baru)

Berapa amaun untuk PSU 4.0 ?

Di bawah Program Subsidi Upah 4.0, majikan boleh memohon subsidi sebanyak RM600 sebulan untuk semua pekerja tempatan tanpa had gaji yang mana terdahulu bagi PSU 3,0 adalah terhad kepada pekerja yang bergaji RM4000 ke bawah.

Sebanyak RM600 untuk setiap pekerja ajan diberikan kepada majikan untuk dua bulan pertama dan terhad kepada 500 orang pekerja dalam satu syarikat perniagaan. Bagi pembayaran berikutnya adalah untuk sektor-sektor yang berada dalam senarai Negatif.

Syarat Permohonan PSU 4.0

1. Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih bagi jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020/2021 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019/2020 akibat pelaksanaan PKP.

2. Tiada had gaji ditetapkan (PSU 3.0 sebelum ini ditetapkan hanya untuk RM4000 ke bawah)

3. Maklumat subsidi juga perlu dimasukkan ke dalam slip gaji pekerja.

Apa kelayakan dan faedah PSU 4.0 ?

Kami sediakan jadual seperti dibawah bagi memudahkan anda memahami syarat serta kelayakan permohonan PSU 4. ini.

 

PSU 4.0

Bila boleh buat permohonan ?

1 Ogos 2021 hingga 31 Oktober

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan info terkini tentang Program Subsidi Upah 4.0, sila rujuk ke laman web PERKESO di pautan di bawah:

https://psu.perkeso.gov.my/

Leave A Reply

Your email address will not be published.