Mediaklik

[RAKYAT WAJIB TAHU] TEBUS BAUCAR E-REBAT SEHINGGA RM400 DI SHOPEE DAN LAZADA BERMULA HARI INI!


Untuk pengetahuan, pihak kerajaan telah melancarkan Program Sustainablity Achieved via Energy Efficiency (SAVE) 3.0 iaitu penawaran baucar e-rebat sehingga RM400 untuk pembelian peralatan elektrik cekap tenaga yang dijangka memanfaatkan dan memberi faedah kepada lebih 140,000 isi rumah di seluruh Malaysia.

Program SAVE 3.0 merupakan rebat bantuan subsidi kerajaan rm400 diberikan kepada isi rumah yang membeli peti sejuk atau penyaman udara berlabel 4 atau 5 bintang yang diperakui oleh Suruhanjaya Tenaga (ST). Senarai aircond dan peti sejuk yang menyediakan diskaun sehingga 50 peratus pada harga bermula dari RM500 sahaja di Shopee / Lazada Malaysia.






PROGRAM SAVE 3.0 2022

Objektif pelaksanaan Bantuan Program SAVE 3.0  yang digariskan oleh pihak SEDA adalah:


1. Kesedaran orang awam dapat dapat ditingkatkan bagi membeli kelengkapan elektrik yang cekap tenaga yang menjimatkan tenaga elektrik pengguna khususnya pengguna domestik.

2. Jumlah bilangan peralatan cekap tenaga dan kelengkapan elektrik cekap tenaga yang bertaraf 4 dan 5 bintang di pasaran dapat ditingkatkan.



KADAR BAUCAR / REBAT SAVE 3.0

Setiap isi rumah layak mendapat sehingga :

  • RM400 e-Rebat (RM200 untuk Kategori 1 dan RM50/RM100/RM200 untuk Kategori 2) 

Dengan pembelian peralatan elektrik dengan label kecekapan tenaga 4 bintang dan 5 bintang.





KATEGORI PROGRAM SAVE 3.0

Kategori 1: Peti Sejuk atau Penghawa Dingin

Kategori 2: Televisyen atau Mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk nasi.







SYARAT KELAYAKAN


1, Warganegara Malaysia

2. Mesti pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) atau pengguna di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SEB atau SESB.

3. 1 akaun bil untuk 1 e-Rebat sahaja (siapa cepat dia dapat)

4. Mangsa banjir akan mendapat keistimewaan dan kelebihan di mana jumlah bantuan rebat / baucar yang diberikan kerajaan adalah sebanyak RM500

5. Penerima e-rebat bagi Program SAVE 2.0 tidak layak untuk memohon bagi kategori satu Program SAVE 3.0.




CARA TEBUS PROGRAM SAVE 3.0 

Kepada yang berminat untuk tebus baucar RM400, sila ikuti langkah-langkah berikut :


Secara Atas Talian

1. Sila layari laman web berikut : 







Secara Manual

1. Sila rujuk senarai kedai elektrik berdaftar di pautan berikut : seda.gov.my/saveprogram/

2. Bawa IC dan bil elektrik untuk menebus baucar ini


Terdapat banyak jenama barangan elektrik untuk produk fridge (peti sejuk) & aircond yang terlibat di bawah rebat 400 bantuan shopee & Lazada kredit RM400 percuma melibatkan program save 3.0 seperti Haier Samsung Toshiba Hisense court mammoth LG dan banyak lagi di halaman smartlifestyle voucher.


Add comment