Mediaklik
Rasmi : Bantuan Kewangan RM700 Khas Untuk Kategori B40

Rasmi : Bantuan Kewangan RM700 Khas Untuk Kategori B40

Rasmi : Bantuan Kewangan RM700 khas untuk kategori B40 telah disediakan oleh kerajaan menerusi inisiatif MySalam pada tahun ini. Untuk makluman, pelbagai bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat terutama golongan yang berada dalam kategori memerlukan.

RASMI : BANTUAN KEWANGAN RM700

Bagi pengetahuan umum, adakah anda tahu bahawa bermula pada bulan November 2022 terdapat (1) bantuan yang boleh anda terima secara automatik tanpa perlu melakukan permohonan iaitu bantuan MySalam dan bantuan ini masih lagi diagihkan sehingga tahun ini. Skim takaful perlindungan kesihatan percuma bernama MySalam adalah inisiatif yang diperkenalkan untuk memberi perlindungan takaful kepada mereka yang berpendapatan rendah dan B40 dengan menggunakan Dana Amanah MySalam.

Perlaksanaan skim ini bertujuan untuk membantu memudahkan kehidupan mereka yang berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan dengan penyakit yang dihidap. Dengan adanya insentif istimewa ini dapat meringankan beban mereka yang berkeperluan.

KELEBIHAN SKIM BANTUAN KEWANGAN MYSALAM

Berikut adalah beberapa kelebihan dan manfaat yang boleh didapatkan melalui skim MySalam seperti :

  • Menerima bayaran insentif RM8,000 yang diagihkan dalam masa yang akan diumumkan.
  • Akan enerima bayaran harian untuk tempoh 14 hari setahun pada kadar RM40 sehari atau RM700 setahun.
  • Manfaat Skim Perlindungan MySalam akan diberikan kepada penerima BKM yang layak di seluruh Malaysia mulai tahun 2022.

KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN RM700 (MYSALAM)

Beberapa kriteria kelayakan telah ditetapkan seperti di bawah :

  • Pemohon yang berumur antara 18 tahun sehingga 65 tahun dan pasangan.
  • Individu berumur antara 40 tahun sehingga 65 tahun dan pendapatan tahunan kurang RM24,000.
  • Individu OKU berumur antara 18 tahun sehingga 65 tahun dengan berpendapatan RM24,000 setahun.

SEMAKAN DAN CARA TEBUS BANTUAN

Kepada golongan B40, anda boleh membuat semakan mysalam dan tebus jika layak. Sila layari laman rasmi untuk membuat sebarang semakan dan tebus – MySalam

INFORMASI LANJUT

Bukan mysalam sahaja, terdapat lebih banyak jenis bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat. Sila semak list bantuan-bantuan yang ada dan berkelayakan untuk memohon – RUJUK DISINI untuk semakan penuh.

Add comment