Mediaklik

[RASMI] MOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) SEHINGGA RM2,000 KEPADA SETIAP ISI RUMAH!


KUALA LUMPUR: Kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima yang akan membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.





KADAR BANTUAN

Pendapatan Isi Rumah RM2,500 ke bawah

  • RM1,000 : Tiada Anak
  • RM1,500 : Sehingga 2 Anak
  • RM2,000 : Lebih 3 Anak



SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

1. Berkahwin; atau

2. Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat

3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah



CARA PERMOHONAN
 
1. Untuk maklumat, data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.


2. Permohonan baharu BKM hendaklah dilakukan sekiranya TIADA REKOD dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, hendaklah mengemas kini  dalam tempoh yang ditetapkan. 


3. Permohonan baharu boleh dibuat di pautan berikut:



TARIKH KEMASKINI / PERMOHONAN BAHARU 

Tempoh pengemaskinian maklumat atau permohonan baharu Bantuan Keluarga Malaysa boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 ( 1 bulan)

Tarikh kemaskini atau permohonan adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Tarikh pembayaran BKM juga akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Add comment