Bantuan Prihatin Rakyat diperkenalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi pembentangan Belanjawan (Bajet) Malaysia 2021. BPR merupakan inisiatif bantuan tunai bersasar yang akan memanfaatkan golongan B40 iaitu sebanyak 8.4 juta penerima yang layak dengan peruntukan RM1.93 bilion.
Semua pemohon yang layak telah menerima bayaran BPR Fasa 1 masing-masing pada 24 Februari 2021 sehingga 1 April 2021 yang lalu secara berperingkat. Kini, Fasa 2 BPR menyusul untuk memanfaatkan jumlah penerima yang sama merangkumi 3.6 juta isi rumah, 1.0 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang.
Dibawah akan dikongsikan penjelasan bagi menjawab persoalan daripada pemohon mengenai pemberian baki bayaran BPR Fasa 2.
KADAR BANTUAN BPR
Peningkatan peruntukan adalah berkaitan penambahbaikan kadar bayaran kepada penerima berdasarkan kelayakan setiap penerima.
Bayaran BPR sebelum ini
Penerima isi rumah : RM300
Penerima Bujang : RM150
Bayaran BPR Terkini
Diantara RM150 hingga RM600
TARIKH PEMBAYARAN BPR
Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2 adalah bermula :
- 7 Mei 2021 hingga 17 Mei 2021
JADUAL PEMBAYARAN BPR FASA 2
Pembayaran ini akan disalurkan seperti berikut :
1. Penerima Isi Rumah / Warga Emas / Individu Bujang
Tarikh Pembayaran Mulai : 7-12 Mei 2021
Cara Pembayaran : Terus dikreditkan ke dalam akaun bank
2. Penerima Yang Tidak Mempunyai Akaun Bank (termasuk di Sabah & Sarawak)
Tarikh Pembayaran Mulai : 17 Mei 2021
Cara Pembayaran : Melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
SEMAKAN STATUS BPR
Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai 7 Mei 2021 melalui :
KENYATAAN RASMI
Add comment