Mediaklik
Resepi Nasi Goreng Simple Pedas-Pedas Manja Untuk Keluarga

Resepi Nasi Goreng Simple Pedas-Pedas Manja Untuk Keluarga

Resepi Nasi Goreng Simple tambahan pedas-pedas manja untuk seisi keluarga yang menjadi pilihan kebanyak masyarakat kerana ianya mudah dilakukan. Kepada mereka yang masih tidak tahu atau baru ingin belajar cara memasak, di sini dikongsikan resepi mudah dan ringkas yang boleh dicuba.

RESEPI NASI GORENG SIMPLE (PEDAS-PEDAS MANJA)

Sebut pasal makanan, nasi goreng adalah salah satu sajian yang cukup menyelerakan bagi ramai orang. Tiada spesifik bagi nasi goreng kerana setiap individu memiliki cara masak dan cita rasa yang berlainan.

Namun pada asasnya ramai yang menyukai nasi goreng simple yang mempunyai rasa pedas-pedas manja bagi meningkatkan aroma dan menikmatinya. Disini admin berkongsikan cara mudah masak resepi nasi goreng simple untuk pemula.

BAHAN-BAHAN RESEPI 

Untuk pemula yang ingin mencuba, tolong sediakan bahan-bahan resepi nasi goreng pedas-pedas manja seperti dibawah.

  1. Sediakan 3-8 biji cili padi (Bilangan bergantung kesesuaian kepedasan yang diingini)
  2. 3-4 biji bawang merah
  3. 2 ulas bawah putih
  4. 1 Mangkuk kecil ikan bilis
  5. 2 biji telur
  6. Sediakan sedikit minyak
  7. 2-4 cawan nasi yang telah masak
  8. 1/2 sudu kecil lada sulah
  9. Garam secukup rasa

CARA MASAK NASI GORENG SIMPLE

  • Potong bawang merah, bawang putih dan cili padi tersebut secara kasar
  • Kumpulkan bahan-bahan tersebut dalam lesung batu kemudian tumbuk hingga sebati
  • Panaskan minyak masak
  • Goreng ikan bilis hingga rangup dan angkat
  • Kemudian tumis bahan yang ditumbuk tadi gunakan minyak yang sama
  • Setelah naik aroma bahan tumis naik, masukan bahan tambahan seperti potongan lobak atau bahan pilihan anda
  • Pecahkan 2 biji telur dalam kuali dan kacau
  • Masukan nasi putih dan ikan bilis yang digoreng tadi
  • Masukan lada sulah, garam dan penambah rasa
  • Kacau dan gaulkan masakkan tersebut sehingga sebati dan garing
  • Kepada pemula anda boleh rasa masakan tersebut, jika kurang bahan anda masukan sedikit bahan yang diperlukan
  • Setelah selesai jangan lupa letakan sebiji telur goreng atau telur mata bagi menambahkan kelazatan dalam nasi goreng tersebut

Nota : Ini adalah resepi mudah bagi memasak nasi goreng simple khusus untuk pemula, selamat mencuba.

Untuk resepi simple lain, sila ke laman utama untuk lihat senarai lain – RUJUK DISINI untuk info lengkap.

Add comment