Mediaklik

RUJUK BANTUAN KASIH SURI KELUARGA KHAS UNTUK GOLONGAN SURI RUMAH DAN BALU!


Dalam Bajet Belanjawan 2022, kerajaan telah memperkenalkan program Kasih Suri Keluarga Malaysia yang akan memberi manfaat perlindungan kepada suri rumah dan balu dengan peruntukan berjumlah RM80 juta.

Melalui program ini, suri rumah dan balu akan mendapat perlindungan PERKESO melalui bantuan faedah yang ditawarkan seperti untuk golongan bekerja. Banyak manfaat lain yang akan dinikmati oleh golongan ini melalui Program Kasih Suri Keluarga Malaysia.





MANFAAT PROGRAM KASIH SURI KELUARGA MALAYSIA


1. Kerajaan menerusi PERKESO akan memperluas jaringan keselamatan sosialnya kepada golongan wanita dalam kalangan suri rumah menerusi Program Kasih Suri Keluarga Malaysia. 

2. Selain memperkasa dan membela nasib golongan suri rumah, program ini juga bermatlamat untuk melindungi mereka sekiranya berlaku sebarang musibah dan insiden yang tidak diingini.



CARA PERMOHONAN 

1. Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan memudahkan proses permohonan untuk mendapatkan manfaat di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia yang akan bermula pada tahun 2022.


2. Permohonan bagi mendapatkan bantuan faedah daripada program ini adalah:

  • Sama seperti skim lain di bawah Perkeso.
  • Namun jika pencarum terlibat dengan sebarang kemalangan atau musibah, orang terdekat seperti ahli keluarga, jiran, sahabat handai atau sesiapa jua untuk memaklumkan insiden tersebut kepada Perkeso agar mangsa dapat dibantu dengan segera tanpa perlu menunggu mereka datang membuat permohonan.


Maklumat lanjut mengenai permohonan Program Kasih Suri Keluarga Malaysia akan dikemaskini semula sekiranya terdapat maklumat terbaru dari Perkeso pada tahun 2022.

Add comment