Rumah Mesra Rakyat 2.0 kini dibuka pendaftaran kepada golongan B40 & M40, pendapatan di bawah RM5,000 sebulan.
Apa yang menarik adalah di dalam program Rumah Mesra Rakyat adalah mereka yang layak akan menerima bantuan subsidi berjumlah RM20,000.
Projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 Tahun 2024
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah menawarkan sebuah skim bantuan RM20,000 melalui program perumahan RMR 2.0 pada tahun ini. Program RMR ini ditawarkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang ingin membina rumah sendiri di atas tanah pada kadar harga mampu milik.
Selaras dengan dasar perumahan negara, pihak SPNB diletakan dibawah pengurusan kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT). Penyediaan rumah mampu milik dan berkualiti kepada setiap keluarga Malaysia diutamakan dalam program istimewa ini bagi memberi manfaat kepada rakyat.
Projek-projek perumahan rakyat RMR ini diperkenalkan adalah bagi membantu mereka yang berpendapatan sederhana bagi memilik rumah sendiri. Rumah adalah merupakan sebuah aset yang penting untuk jangka masa panjang, kepada yang berkelayakan jangan lepaskan peluan untuk mendapatkan inisiatif yang ditawarkan oleh agensi di bawah kerajaan ini.
Syarat Asas Permohonan RMR 2.0 2024
Untuk mendapatkan bantuan subsidi RM20,000 dari program RMR 2.0 ini, anda perlu memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan seperti di bawah ;
- Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas semasa permohonan
- Pendapatan bulanan di bawah RM5,000 (Kategori B40 & M40)
- Pemohonan / pasangan belum memiliki rumah atau kediaman yang usang / tidak sempurna untuk didiami
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (bergantung kepada reka bentuk).
Pendaftaran Permohonan Rumah Mesra Rakyat Kini Dibuka
Kepada yang berkelayakan dan berkeperluan, anda disarankan kemukakan permohonan Rumah Mesra Rakyat 2.0 untuk mendapatkan manfaat yang ditawarkan ini. Panduan lengkap permohonan telah disediakan, sila ke pautan rasmi – RMR 2.0 2024
Untuk memudahkan urusan pentadbiran untuk membuat semakan borang permohonan, pemohon wajib sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti berikut ;
Maklumat Tambahan
Tahun ini kerajaan pusat dan kerajaan negeri telah menyediakan bermacam jenis inisiatif bantuan bagi menangani masalah beban kos sara hidup rakyat B40. Kepada yang terlepas pandang boleh cek – SENARAI BANTUAN yang ada pada tahun ini dan boleh anda mohon.
Add comment