Mediaklik
Rumah Mesra Rakyat 2.0 : Permohonan Untuk Golongan B40

Rumah Mesra Rakyat 2.0 : Permohonan Untuk Golongan B40

Program Rumah Mesra Rakyat 2.0

Rumah Mesra Rakyat 2.0 : Permohonan kini dibuka kepada golongan berkeluarga B40 yang ingin memiliki rumah sendiri pada kadar harga mampu milik. Program khas ini adalah sebahagian kemudahan inisiatif yang disediakan pada tahun 2024.

Apa yang menarik program ini menyediakan bantuan berjumlah RM20,000 kepada mereka yang ingin membina rumah pada tahun 2024. Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) kini telah melancarkan program RMR edisi kedua yang lebih cepat proses permohonan.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta SPNB menawarkan program skim rumah mesra rakyat ini bagi memberi manfaat kepada penduduk Malaysia. Perlaksanaan inisiatif khas RMR ini adalah bagi membantu para golongan pendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah sendiri.

Bantuan RM20,000 Melalui Program Rumah Mesra Rakyat

Mereka yang berkelayakan akan menerima bantuan pembiayaan bernilai RM20,000 dan pembinaan rumah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Hal ini merupakan manfaat yang baik dan perlu diambil oleh penduduk Malaysia yang belum mempunyai rumah sendiri kerana rumah merupakan aset bagi jangka panjang untuk sebuah keluarga.

Pada program RMR 2.0 ini, had kelayakan pendapatan juga telah dinaikkan kepada RM5,000 dan ini membolehkan lebih ramai orang layak untuk kemukakan permohonan.

Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat Edisi 2.0

Kerajaan telah menetapkan beberapa kriteria khusus kelayakan bagi program RMR 2.0 seperti ;

  1. Pemohon merupakan Warganegara Malaysia yang sah
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas
  3. Pendapatan tidak melebihi atau kurang daripada RM5,000 sebulan
  4. Pemohon serta pasangan belum memiliki rumah atau rumah yang usang (tiada sempurna)
  5. Tapak tanah adalah bersesuaian dan bebas dari segala jenis bentuk gadaian
  6. Kepada pemohon bukan pemilik tanah mereka perlu dapatkan surat kebenaran daripada pemilik
  7. Keluasan tanah tidak boleh kurang daripada 3,600 KPS dan tertakluk kepada reka bentuk rumah.

Langkah Cara Mohon RMR 2.0 Tahun 2024

Kepada yang berkelayakan jangan lepaskan peluang sementara permohonan RMR 2.0 masih dibuka secara umum ini. Langkah memohon dan maklumat lebih terperinci telah disediakan, sila ke pautan rasmi – RMR 2.0 2024

Informasi Lebih Lanjut

Pelbagai jenis program insentif bantuan dan kemudahan telahpun disediakan oleh kerajaan pusat bagi menangani masalah kos sara hidup rakyat yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, kalian boleh semak – SENARAI BANTUAN yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk memohon.

Add comment