Satu per satu terbongkar, Individu ini terima laporan gangguan seksual oleh pendakwah selebriti terkenal

1

Masih belum reda lagi isu yang melibatkan pendakwah selebriti tanah air, kini timbul pula isu baharu melibatkan pendakwah selebriti juganamun kali ini kegiatan buruk pendakwah itu tidak mampu disembunyikan lagi.

Melalui satu status oleh Akhi Fairuz Al-Jengkawi, beliau mendakwa mendapat beberapa aduan gangguan seksual/amang seksual/sexual grooming oleh pendakwah selebriti terkenal tanah air sejak beberapa bulan yang lepas. Namun sampai saat ini belum mahu mendedahkan siapakah pendakwah selebriti terkenal itu.

Menerusi statusnya di Facebook juga, beliau menyeru kepada mana-mana individu yang pernah diganggu/dicabuli oleh mana-mana individu yang menggunakan imej agama untuk memanipulasikan mangsa agar tampil ke hadapan dan membuat aduan.

Menurutnya lagi, ramai dari kalangan mangsa yang diganggu tidak berani untuk ke hadapan bagi membongkar kegiatan tersebut kerana mereka yang menjadi pemangsa adalah individu yang sangat popular dan berpengaruh di Malaysia sekaligu mangsa risau akan keselamatan jika membuat aduan.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi pada masa yang sama meninggalkan no WhatsApp untuk mereka yang pernah diganggu. Beliau juga menasihati agar mangsa tidak perlu takut kerana beliau bersama barisan peguam dan asatizah lainnya sudi membantu para wanita yang dizalimi.

Update : Video Tak Senonoh Mirip Ebit Lew Tersebar, Ada Usaha Nak Jatuhkan Beliau

1 Comment
  1. mrhanafi says

    saya sudah pening.

    mana satu betul dan mana satu salah.

    kesudahannya saya doakan moga mereka terbuka pintu taubat .

    pintu taubat sentiasa terbuka

Leave A Reply

Your email address will not be published.