Mediaklik
SELANGKAH : Bantuan Ewallet RM300 Ditawarkan Setiap Bulan

SELANGKAH : Bantuan Ewallet RM300 Ditawarkan Setiap Bulan

SELANGKAH : Bantuan Ewallet RM300 ditawarkan setiap bulan kepada mereka yang pendapatan bulanan tidak melebihi RM5,000. Bagi sedia makluman, kerajaan negeri telah menyediakan sebuah program inisiatif berbentuk bantuan ewallet pada tahun 2024.

Bantuan Ewallet RM300 Sebulan Melalui SELANGKAH

Untuk makluman umum, SELANGKAH adalah merupakan sebuah aplikasi yang menjadi platform transaksi bagi program bantuan ewallet kehidupan sejahtera atau Bingkas. Program istimewa ini diperkenalkan adalah bagi menangani masalah kewangan dalam kos sara hidup rakyat tempatan.

Perlaksanaan program skim bantuan kehidupan sejahtera ini telah ditambah baik dari program terdahulu iaitu Kasih Ibu Smart Selangor (KISS). Dengan adanya insentif khas berjumlah RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun ini dapat memberi manfaat kepada sebuah keluarga.

Bantuan ini diberikan dalam bentuk ewallet dan amaun tersebut boleh digunakan dengan pembelian barangan keperluan asas di pasaraya atau kedai runcit berdaftar. Dengan adanya insentif tambahan ini kerajaan negeri yakin dapat mengurangkan beban ketua-ketua keluarga bagi menguruskan rumah tangga.

Senarai Barangan Keperluan Yang Boleh Dibeli Gunakan Bantuan Ewallet

Berikut adalah beberapa jenis barangan keperluan asas yang boleh dibeli dengan menggunakan amaun ewallet RM300 sebulan seperti ;

  • Roti
  • Biskut
  • Beras, Mi dan Bihun
  • Telur
  • Gula dan garam
  • Tepung
  • Minyak masakan
  • Sos, rempah, kicap dan ajinamoto
  • Ubat-ubatan
  • Sayur sayuran
  • Buah buahan
  • Ayam, ikan, daging dan sebagainya
  • Barangan pendidikan persekolahan anak.

Syarat Kelayakan Bantuan Ewallet SELANGKAH

Bermula 1 Julai 2024, syarat kelayakan telah dikemaskini dan antaranya seperti berikut ;

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan
  3. Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum 2 orang yang berumur 18 tahun dan ke bawah
  4. Pemilih berdaftar
  5. Lahir atau menetap di negeri Selangor melebihi 10 tahun.

Langkah Cara Mohon Bantuan Ewallet RM300

Sekiranya berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian sepanjang tahun ini. Langkah-langkah cara memohon adalah seperti di bawah ;

  1. Sila layari pautan rasmi bantuan – BINGKAS SELANGKAH
  2. Daftar dan Log masuk menggunakan kata laluan yang telah anda tetapkan
  3. Semakan status & permohonan boleh dilakukan
  4. Ikuti arahan yang telah disediakan pada halaman tersebut
  5. Bagi memudahkan urusan pentadbiran membuat semakan permohonan, pemohon perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan.

Nota : Untuk memudahkan permohonan dan butiran lebih terperinci, anda boleh muat turun aplikasi SELANGKAH di apps store atau playstore telefon pintar masing-masing.

Informasi Lebih Lanjut

Bukan bantuan ewallet sahaja, terdapat lebih banyak program bantuan telah disediakan pada tahun ini oleh kerajaan negeri dan persekutuan bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan. Kepada yang tidak tahu atau terlepas pandang, anda boleh semak – SENARAI BANTUAN yang ada pada tahun ini dan layak untuk mohon.

Add comment