Mediaklik
Semakan Bayaran STR Fasa 3 Dikreditkan Mengikut Bank

Semakan Bayaran STR Fasa 3 Dikreditkan Mengikut Bank

Semakan Bayaran STR fasa ketiga (3) yang akan dikreditkan tidak lama lagi mengikut bank setiap penerima yang berkelayakan pada bulan Ogos ini.

Rakyat Malaysia yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah boleh membuat semakan status bayaran pada bulan Ogos ini melalui MySTR 2024.

Semakan Bayaran STR Setiap Fasa

Salah satu inisiatif yang diperkenalkan pada tahun ini dibawah Bajet 2024 adalah Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR.

Bermula tahun 2023, kerajaan telah menjenamakan semula bantuan kewangan kepada Sumbangan Tunai Rahmah yang sebelum ini dikenali seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Bantuan prihatin rakyat (BPR).

Atas keprihatinan kerajaan pusat, perlaksanaan bantuan kewangan ini masih diteruskan dengan penglibatan dana peruntukan hampir RM8 bilion ringgit.

Bagi pemberian bantuan tunai STR sesi 2024 ini akan memberi manfaat kepada 8.7 juta penduduk seluruh Malaysia yang terdiri daripada kategori bujang, warga emas dan isi rumah.

Jumlah bayaran STR pada tahun ini adalah maksimum sehingga RM2500 setahun dan akan dikreditkan selama tempoh 4 fasa pengkreditan.

Untuk makluman umum, tidak lama lagi kredit bantuan STR akan mula disalurkan pada bulan hadapan bersamaan Ogos 2024.

Kategori Penerima & Kadar Bayaran STR Fasa 3

Buat masa ini penerima adalah kategori dari isi rumah, warga emas dan belia bujang akan terima bayaran fasa berikutnya.

Kadar bayaran adalah berbeza mengikut kelayakan kategori, gaji dan bilangan anak setiap keluarga.

Berikut adalah jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah mengikut kategori seperti di bawah ;

  • Belia Bujang : RM350 setahun
  • Warga emas tiada pasangan : RM600 setahun
  • Isi rumah B40 : RM1,000 – RM2,500 setahun (jumlah mengikut bilangan anak)
  • Isi rumah M40 : RM500 – RM1,250 setahun (jumlah mengikut bilangan anak).

Semakan Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Kementerian Kewangan telah memaklumkan bahawa bayaran fasa 3 akan dikreditkan selewatnya Ogos ini, berikut adalah jadual rasmi STR tahun 2024 mengikut fasa ;

  • Fasa 1 : Dibayar mulai 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : Dibayar mulai 3 April 2024
  • Fasa 3 : Dibayar mulai Ogos 2024 – Tarikh akan diumumkan
  • Fasa 4 : Dibayar mulai November 2024.

Nota : Untuk semakan status pembayaran masing-masing mengikut fasa, anda boleh rujuk di pautan rasmi – MySTR

MAKLUMAT TAMBAHAN

Kepada yang terlepas pandang, tahun ini kerajaan telah memperkenalkan bermacam jenis program berbentuk bantuan bagi menangani masalah kos sara hidup penduduk Malaysia.

Untuk semakan lanjut, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan masih boleh dimohon – RUJUK DISINI untuk info maklumat tambahan.

Add comment