Mediaklik
Semakan UPU Online : Keputusan Permohonan dan Rayuan 6-15 September 2024

Semakan UPU Online : Keputusan Permohonan dan Rayuan 6-15 September 2024

Permohonan UPU bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam merupakan satu langkah penting dalam perjalanan pendidikan seseorang pelajar. Semakan UPU online dan proses rayuan keputusan permohonan yang akan bermula dari 6 September hingga 15 September 2024.

Panduan Semakan Keputusan UPU Online

Pada tarikh 6 September 2024, pelajar lepasan STPM/ setaraf akan mula boleh menyemak status permohonan mereka melalui portal rasmi. Bagi memudahkan proses semakan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Lawati laman web rasmi.
2. Log masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
3. Pilih menu ‘Semakan Keputusan’ dan paparan keputusan akan muncul.

Proses Rayuan Keputusan Permohonan

Bagi pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan pertama, mereka masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan. Tempoh rayuan akan dibuka dari 6 September hingga 15 September 2024. Langkah-langkah untuk membuat rayuan adalah seperti berikut:

1. Log masuk ke akaun anda di portal UPU.
2. Pilih menu ‘Rayuan Keputusan’.
3. Isi borang rayuan dengan maklumat yang diperlukan.
4. Hantar borang rayuan sebelum tarikh tutup.

Proses semakan UPU online dan rayuan tidaklah sesukar yang disangka jika anda mengikuti panduan yang disediakan. Pastikan anda membuat semakan dan mengemukakan rayuan dalam tempoh yang ditetapkan untuk memastikan peluang terbaik dalam mendapatkan tempat di institusi pengajian tinggi pilihan anda. Semoga berjaya!

Bagi mereka yang yang berjaya mendapat tawaran diucapkan tahniah dan semoga mencapai cita-cita.

Add comment