Semakin kurus dan cengkung, Hafiz Suip tertekan dituduh ambil barang terlarang

0

Berikutan penampilan terkini Hafiz Suip yang dilihat semakin kurus dan cengkung, penyanyi tersebut merasa tertekan apabila kerap doaju soalan mengenai pengambilan dadah yang menyebabkan dirinya kurus dan tidak seperti dulu.

Tidak terlibat sama sekali dalam pengambilan barang terlarang itu

Meskipun begitu Hafiz menegaskan bahawa dia sama sekali tidak terlibat dalam penyalahgunaan barang larangan itu.

“Kalau betul-betul ambil berat, hubungi saya dan tanya personal. Bukannya terus menilai dan cakap eh Hafiz kurus, ni mesti kancing ni, mesti dadah, ni mesti family tak bagi makan. Macam-macam saya terima! Saya akui stress apabila ditanya begini. Saya manusia biasa..status artis dan nyanyian hanya kerjaya saya. “

Dia meluahkan menganai perkara itu ketika sidang media yang dilakukan secara maya bagi mempromosikan lagu baru berjudul Berakhirlah Pencarianku dimana Hafiz telah tampil berduet dengan Ernie Zakri.

Katanya lagi, dia kini tertanya-tanya sejauh mana keikhlasan orang ramai yang kononnya mengambil berat tentang mengenai kesihatan tubuh badannya.

“Apa sebenarnya yang orang ambil berat? Sebab asyik tanya tentang sakit. Kita ni manusia, lama-lama boleh jadi mental..kita pun sakit kerana kata-kata tu kan doa..” luah Hafiz lagi.

Sumber: Beautifulnara

Leave A Reply

Your email address will not be published.