Kerajaan tidak pernah sisihkan rakyat dalam menangani wabak penyakit covid-19. Terlalu ramai rakyat yang terkesan akibat penularan wabak penyakit covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang menyebabkan aktiviti harian tidak dapat dijalankan seperti biasa.
Oleh yang demikian, terdapat pelbagai bantuan telah diperkenalkan oleh Kerajaan untuk semua golongan seluruh Malaysia sepanjang bulan December ini bagi membantu rakyat dalam kelangsungan hidup.
SENARAI BANTUAN KERAJAAN SEPANJANG BULAN DECEMBER 2021
Berikut adalah senarai bantuan kerajaan yang akan diberikan sepanjang bulan December 2021 ini :
1. Bantuan Khas Covid-19 (BKC)
Golongan yang layak akan menerima BKC fasa ketiga pada Disember 2021 sebanyak:
Miskin Tegar
– Isi rumah: RM300
2. i-Citra KWSP
Seperti dimaklumkan, Ahli yang telah diluluskan akan menerima bayaran i-Citra bagi bulan Disember secara berperingkat mulai 1 Disember 2021.
Bayaran yang akan diterima adalah berdasarkan jumlah permohonan pengeluaran masing-masing.
3. Bakul Prihatin Negara JKM
Bakul Prihatin Negara merupakan 1 inisiatif Kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup.
Setiap keluarga adalah layak untuk mohon bantuan Bakul Prihatin Negara yang meliputi barangan asas dan keperluan.
4. Program PRIHATIN Kasih (RM100/Bulan Selama 3 Bulan)
Program PRIHATIN Kasih adalah sebuah program perintis yang dilaksanakan untuk menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar. Isi rumah yang layak akan terima bantuan RM100 sebulan selama 3 bulan yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad.
5. Elaun Mencari Kerja
Individu yang sedang aktif mencari kerja boleh dapatkan Elaun Mencari Kerja atau dikenali sebagai SIP PRIHATIN 2.0.
Elaun Mencari Pekerjaan akan diberikan kepada mereka yang berdaftar di bawah platform MYFutureJobs sebanyak:
- RM300 x 2 bulan
Sekiranya pencari kerja kembali bekerja dalam tempoh menerima Elaun Mencari Pekerjaan dan menghadiri sekurang-kurangnya 1 temu duga dalam tempoh menerima Elaun Mencari Kerja, anda akan terima:
- RM400 secara one-off
6. Bantuan Kanak-kanak JKM
JKM telah menyediakan Bantuan Kanak-kanak buat isi rumah yang tidak berkemampuan dan mempunyai anak. Permohonan bantuan adalah dibuka sepanjang masa dan boleh dibuat secara online. Bantuan diberikan seperti berikut:
- Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 sebulan seorang
- Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM200 sebulan seorang
- Maksimum RM1000 setiap keluarga setiap bulan
7. Bantuan Warga Emas JKM
JKM menyediakan Bantuan Orang Tua (BOT) yang diberikan RM500 sebulan seorang sebagai saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti.
- Berumur 60 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
- Tiada sumber pendapatan untuk menyara hidup
8. Tawaran Diskaun Bayaran Pinjaman PTPTN
Dalam Bajet 2022, kerajaan telah mengumumkan pemberian diskaun untuk bayaran balik pinjaman PTPTN yang bermula 1 November sehingga 30 April 2022 seperti berikut:
- 15% bagi bayaran baki hutang penyelesaian penuh
- 12% bagi bayaran >50% baki hutang dalam sekali bayaran
- 10% bagi bayaran balik dari potongan gaji/ debit mengikut jadual
MAKLUMAT TAMBAHAN
Terdapat banyak jenis bantuan kerajaan terkini untuk rakyat. Bantuan ini bertujuan untuk menaikkan smula ekonomi setempat dan meringankan beban kewangan bagi mereka yang terkesan dengan pandemik ini.
Add comment