Sendiri lantik jadi ADUN, Sharnaaz Ahmad turun padang beri bantuan untuk bendera putih

0

Masih lagi hangat diperdebatkan di laman sosial mengenai kempen bendera putih yang dilancarkan oleh netizen, terkini pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberi bantuan kepada bendera putih.

 

Alhamdulillah, kita berjaya buat dalam 100 bantuan untuk orang susah dalam masa sekarang. Saya sebagai Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) yang tidak dilantik oleh kerajaan, melantik diri saya untuk membantu.

“Kami dari pasukan Mamu Legacy dan Sharnaaz Ahmad TV keluarkan sedikit sumbangan. Ini daripada setiap kakitangan, Mamu dan juga semua yang sudah membantu untuk mengeluarkan sumbangan ini,”katanya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Sharnaaz meminta pengikutnya untuk berkongsikan sekiranya ada individu yang memerlukan sumbangan barangan keperluan harian. Difahamkan, Sharnaaz memulakan bantuan tersebut dengan 100 pek barangan sumbangan sebagai permulaan.

“Alhamdulillah, kita berjaya buat dalam 100 bantuan untuk orang susah dalam masa sekarang. Saya sebagai ADUN yang tidak dilantik oleh kerajaan, melantik diri saya untuk membantu.

Sharnaaz juga turut meminta orang ramai supaya peka dengan keadaan sekeliling dan memaklumkan kepadanya sekiranya ternampak bendera putih sebagai tanda memerlukan bantuan.

“Saya faham memang sekarang pasal bendera putih semua. Saya nak minta anda semua kenal atau ada orang sekeliling yang ada bendera putih, buka mata dan hubungi kami.

 

Komen dari Netizen :

 

 

 

 

Menerusi video yang diuploadnya di instagram juga beliau berkongsi situasi di lokasi pengumpulan barangan keperluan yang dimasukkan ke dalam beg plastik dan sedia untuk diserahkan kepada mereka yang memerlukan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.