Seperti ingin memburukkan Malaysia, pegawai KKM ini bidas kenyataan Dr Amalina

0

Sebut saja nama Dr. Amalina Bakri sudah tentu satu Malaysia mengenali beliau sebagai doktor yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia di United Kingdom. Dengan pencapaian beliau yang dikatakan cemerlang sejak dulu lagi maka tidak hairan ramai yang mengikuti perkembangan
beliau di Twitter dan instagram miliknya.

Baru-baru ini Dr. Amalina ada membuat satu ciapan di Twitter mengenai isu budaya kerjaya di Malaysia yang nampaknya sekali lagi menjadi topik perbincangan hangat di dunia Twitter sampai lah ke dunia Facebook. Rata-rata mereka di Twitter menyokong namunsebaliknya pula di Facebook banyak pula kenyataan-kenyataan balas pajang lebar mengenai isu ini.

Kalau di tempat saya, tak kira siapa, pendapat diraikan secara ilmiah

Melalui tweet yang dimuat naik, anak jati kelahiran Kelantan ini membandingkan suasananya bekerja di luar negara VS budaya kerja di Malaysia

”Siapa makan garam dulu” yang didakwanya dipraktikkan di Malaysia. Di United Kingdom, beliau menyifatkan semua perbincangan
berkaitan tugas dijalankan dengan secara ilmiah malahan pendapat golongan junior tidak diketepikan begitu sahaja.

“Siapa makan garam dulu” bukanlah amalan yang dipraktik membuta tuli

Tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan, seorang pakar radiologi iaitu Aznil Hisham telah membidas semula di Facebooknya. Kata lelaki ini pula, dakwaan tentang budaya “makan garam terlebih dahulu” yang diperkatakan oleh Dr Amalina bukanlah dibuat secara membuta tuli. Malahan beliau juga sering berdiskusi sesama sendiri baik dengan junior atau ketua atasan.

 

Tidak lama dahulu Dr Muhaya dikritik hebat oleh doktor selebriti (junior), beliau tak malu untuk mohon maaf akibat satu klip video viral yang kononnya mengajak wanita untuk tidak menunjuk pandai di hadapan lelaki.  Sebagai bukti bahawa Malaysia juga mengamalkan keterbukaan dalam meraikan pendapat, beliau menggunakan Prof Muhaya yang baru-baru ini kecoh dengan isu “Bodoh-Bodoh Demi Jodoh” tersebut. Meskipun dihentam ramai pihak termasuklah doktor junior, pakar motivasi berkenaan tidak segan membuat permintaan maaf.

Sumber : Facebook Aznil Hisham

Leave A Reply

Your email address will not be published.