Program Latihan Kemahiran Keselamatan Siber yang dikendalikan oleh CyberSecurity Malaysia dibuka kepada para graduan dan penganggur yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Peserta akan jalani On-The-Job Training (OJT) termasuk Program Pembangunan Kapasiti selama 3 bulan.
Program ini disasarkan kepada golongan terkesan akibat pandemik Covid-19 bagi menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran. Inilah masanya untuk para individu tingkatkan kemahiran kerja sekaligus dapat meningkatkan kebolehpasaran kerja.
BACA JUGA : BAYARAN BANTUAN KEWANGAN SEBANYAK RM1,500 KEPADA SEMUA GOLONGAN TERMASUK GOLONGAN PENIAGA
PROGRAM SIBERKASA PEMULIH
Program SiberKASA Latihan Kemahiran Keselamatan Siber adalah program Pelan Pemulihan Negara (PEMULIH) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Agensi pelaksana program ini ialah CyberSecurity Malaysia.
Program ini adalah program Pensijilan Profesional Keselamatan Siber Global ACE Certification (www.globalace.org) yang akan dilaksanakan oleh CyberSecurity Malaysia.
Diperkenalkan oleh CyberSecurity Malaysia untuk membangun, memperkasa, melestari dan mengukuhkah prasarana serta ekosistem siber di Malaysia.
Sebagai salah satu usaha CyberSecurity Malaysia dalam memastikan kelangsungan perkembangan bidang keselamatan siber serta penawaran produk dan perkhidmatan CyberSecurity Malaysia kepada pengguna internet di pelbagai sektor, industri dan juga individu.
TEMPOH PROGRAM
Program akan dilaksanakan selama 3 bulan, iaitu pada bulan Julai hingga Disember 2021 secara berperingkat iaitu :
1. Peringkat 1: Pemilihan & Penawaran golongan Sasar
(Julai 2021 – September 2021)
2. Peringkat 2: Pelaksanaan Latihan Profesional
(September 2021 – Oktober 2021)
3. Peringkat 3: Penempatan Pekerjaan
(Oktober 2021 – Disember 2021)
KUMPULAN SASARAN
- Mempunyai latar belakang Teknologi Maklumat
- Terkesan daripada pandemik Covid-19
- Hilang pekerjaan dan tiada punca pendapatan
- Siswazah menganggur
FAEDAH PROGRAM
- Latihan Profesional Keselamatan SIber & Persijilan
- On-The-Job Training
- Peluang Pekerjaan
- Elaun OJT RM1,200 sebulan
PROGRAM LATIHAN
- Cyber Security Essential
- Certified Information Security Awareness Manager
- Certified Penetration Tester
- Certified Data Security Profesional
- Profesional Business Continuity Implementer
- Security Analyst
- SecureMi Certified Administrator
- Secured Development Analyst
CARA PERMOHONAN
Kepada individu yang berminat untuk meningkatkan kemahiran, sila buat pendaftaran sekarang melalui laman web berikut:
Permohonan mestilah dihantar selewat-lewatnya pada 31 Julai 2021.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai bertugas di emel training@cybersecurity.my atau talian 03 8800 7999
Add comment