Setengah bulan bekerja tanpa gaji, akhirnya doktor palsu ini dihadapkan ke mahkamah

0

Seorang lelaki berusia 20 tahun menyamar sebagai pegawai perubatan gred UD41 akhirnya terbongkar apabila salah seorang kawannya datang untuk pengambilan vaksin di PPV Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak.

Menurut kawannya tersebut beliau mengenali doktor palsu berkenaan dan telah bersekolah di sekolah yang sama di SMK Demak Laut pada tahun 2016. (Tingkatan Dua)

Doktor palsu di pusat pemberian vaksin dihadap ke mahkamah

Suspek memperkenalkan dirinya sebagai Dr. Shah Hairil, lulusan pegawai perubatan yang bekerja di Unit Neurologi Hospital Umum Sarawak kepada kakitangan lain di PPV.

Dr Shah Hairil Izman

Suspek ditangkap oleh pihak polis pada pukul 2 petang , 1 Julai selepas rahsianya terbongkar. Ketika ditahan, polis merampas beberapa barangan dari suspek iaitu sebiah beg sandang bewarna coklat, sehelai baju kerja bewarna biru bertulis Sarawak General Hospital, satu unit stetoskop jenama Littman, satu pas pekerja MOH termasuk perkakas kerja kedoktoran yang lain, satu unit i-Phone dan baju kerja bewarna biru bertulis Shah Hairil Izman beserta seluar biru gelap.

Berdasarkan fakta kes, suspek mengaku dirinya sebagai doktor lulusan pegawai perubatan yang bekerja di Unit Neurologi di bawah pengawasan Dr. Lau. Kelakuan suspek yang selamba dan berkeyakinan telah memukau kakitangan di PPV berkenaan untuk bekerja sebagai sukarelawan di PPV Stadium Perpaduan dari 16 Jun sehingga 1 Julai 2021.

Leave A Reply

Your email address will not be published.