Mediaklik

SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN (SPPP) : PENDAFTARAN SSM PERCUMA UNTUK SEMUA USAHAWAN B40


Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kini diperluaskan kepada semua usahawan dalam kumpulan B40 dan mula berkuatkuasa pada 15 Februari 2021.

SPPP yang telah dilancarkan pada 23 Disember 2020 lalu telah ditambah baik di mana sebelum ini hanya memberi manfaat kepada usahawan dari kalangan belia dan ibu tunggal B40 serta pelajar sahaja.

Perkara ini akan membolehkan mereka memperoleh akses kepada pelbagai dana dan pinjaman yang diperkenalkan oleh kerajaan Persekutuan, bagi kelangsungan operasi perniagaan mereka dalam suasana sukar dan mencabar berikutan pandemik COVID-19






PENGECUALIAN FI

Manfaat pengecualian fi adalah seperti berikut:

  • Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan

          PENGECUALIAN FI: RM30

  • Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred 

          PENGECUALIAN FI: RM60


  • Cetakan maklumat
          PENGECUALIAN FI: RM10




KATEGORI YANG LAYAK

Antara kategori yang layak untuk memohon SPPP adalah seperti berikut:


Kategori Usahawan Golongan B40

  • Pemegang MyKad/MyPR
  • Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan
  • Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPN) 2.0 Bagi Golongan B40
  • Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM


Kategori Pelajar IPTA/IPTS

  • Pemegang MyKad/MyPR
  • Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan
  • Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institusi Kemahiran/Pusat Kemahiran di dalam negara
  • Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM




CARA BUAT PERMOHONAN SPPP


Sekiranya anda merupakan kategori yang layak, sila buat permohonan berdasarkan langkah-langkah berikut:


1. Sila layari pautan ezbiz.ssm.com

2. Klik Sign Up untuk daftar sekiranya belum ada akaun

3. Setelah daftar Log In seperti biasa

4. Teruskan permohonan SPPP di laman tersebut sehingga selesai



MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui :
  • Talian 03-7721 4000 
  • Emel ke enquiry@ssm.com.my. 

Add comment