SOP Lengkap 2 Dos Vaksin & Kelonggaran SOP Mulai 10 Ogos 2021

0

SOP Lengkap 2 Dos Vaksin : Pelonggaran SOP bagi individu yang telah menerima 2 dos vaksin lengkap.

Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa kelonggaran bagi individu yang telah menerima vaksin lengkap. Berikut kami kongsikan senarai kelonggaran sop tersebut.

SOP Lengkap 2 Dos Vaksin

Syarat-syarat Penerima Vaksin Lengkap

  • Telah menerima 2 dos vaksin (Pfizer / AstraZeneca / Sinovac) dan hanya terpakai selepas 14 hari suntikan kedua
    vaksinasi tersebut.
  • Bagi vaksin 1 dos (Johnson & Johnson / Cansino), kelonggaran ini terpakai selepas 28 hari menerima vaksin tersebut.

Kesemua kemudahan vaksinasi lengkap itu berkuatkuasa pada Selasa, 10 Ogos.

Kemudahan bagi mereka yang lengkap divaksinasi untuk semua Fasa PPN:

  • Suami isteri jarak jauh dibenar rentas daerah, negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.
  • Kemudahan kuarantin dan perjalanan untuk individu lengkap vaksinasi.
  • Aktiviti solat sahaja dibenar di masjid dan surau bagi jemaah yang telah menerima vaksinasi lengkap⁣
  • Penganut bukan Islam dibenar menghadiri rumah-rumah ibadat⁣

sop lengkap 2 dos vaksin

sop lengkap 2 dos vaksin

Senarai kemudahan sektor sosial bagi penduduk yang lengkap vaksinasi di negeri yang berada pada Fasa 2 PPN dan seterusnya :

  • Rentas daerah dibenarkan bagi individu lengkap vaksinasi di negeri Fasa Dua dan seterusnya⁣
  • Aktiviti dine-in (makan di restoran) dibenarkan di negeri dalam Fasa 2 dan seterusnya
  • ⁣Aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal, bukan berkumpulan (outdoor) dibenarkan di negeri Fasa 2 dan seterusnya
  • Pelancongan dalam negeri yang sama dibenarkan.⁣

sop lengkap dua dos vaksin

 

SOP Lengkap 2 Dos Vaksin

Kemudahan diberi bukan bermakna rakyat boleh abaikan SOP yang ditetapkan⁣. Kerajaan tidak teragak-agak untuk menarik semula kemudahan yang diberikan jika berlaku ketidakpatuhan terhadap garis panduan atau SOP⁣ yang ditetapkan.

PM Muhyiddin arah Menteri Dalam Negeri pastikan kementerian, agensi yang bertanggungjawab pergiat penguatkuasaan dan pemantauan atas kemudahan diberi.

Baca juga : Permohonan Data Internet Selangor Percuma Untuk 12 Bulan

Baca juga : EG-Tukar Permohonan & Semakan Pertukaran Guru Sesi Ogos 2021

Baca juga : Barcelona, Neymar Capai Persetujuan, Tamatkan Perselisihan Kontrak

Kesimpulan

Diharapkan dengan kelonggaran ini, rakyat Malaysia masih lagi mengikuti langkah-langkah pencegahan penularan wabak dengan betul dan sempurna bagi mengelakkan diri dijangkiti sekalipun sudah lengkap vaksinasi. Semoga artikel ini bermanfaat dan dikongsikan pada orang ramai.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.