Tahap oksigen semakin kurang, Siti Sarah dikerjakan ke hospital

0

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang sarat hamil 7 bulan kini dikerjakan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras berikutan tahap oksigen yang semakin menurun. Terdahulu, Siti Sarah dan keluarga dikenakan kuarantin sejak 25 Julai lalau
kerana positif Covid-19

Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu dibawa menaiki ambulans sekitar 6:30 petang spada Rabu bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Perkara tersebut dimaklumkan pengurusnya, Nana Mohd Rom daripada syarikat Indigital Music.

“Sarah sekeluarga sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin hari ini tetapi keadaan kesihatan nya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan membuatkan Sarah terpaksa mendapatkan rawatan lanjut,” kata Nana

Pada masa yang sama suaminya Shuib Sepahtu turut memohon agar semua pihak turut mendoakan kesejahteraan isteri dan anak dalam kandungan dijauhkan daripada segala masalah.

“Assalamualaikum semua, saya mohon doakan isteri saya Siti Sarah Raisuddin. Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan. Allah Maha Segala-galanya,” tulis Shuib dalam satu perkongsian
video mwnunjukkan Sarah sedang mencium anak-anak sebelum dibawa ke hospital.

Leave A Reply

Your email address will not be published.