[Video] Tak pernah beri nafkah sejak bernikah, suami paksa isteri gugurkan kandungan

0

Saat menjadi ibu dan ayah kepada seorang bayi hasil dari pernikahan yang dibina atas dasar cinta itu sesuatu yang sangat bernilai dan tidak mudah dilupakan.

Namun malang menimpa seorang wanita yang dikenali sebagai Opalopal menerusi video di laman TikTok yang meluahkan rasa kecewanya apabila diminta untuk menggugurkan kandungan yang sudah pun berusia tujuh bulan.

Pada awalnya wanita berkenaan tidak menyedari bahawa dia berbadan dua. Setelah perutnya semakin membesar saban hari maka wanita ini pun mengambil keputusan untuk pergi ke klinik bagi melakukan ujian kehamilan.

 

“Mula-mula ingat perut kembung, tapi makin lama makin besar. Akhirnya aku pergi buat pemeriksaan dekat klinik dan doktor beritahu aku sedang mengandung memasuki tujuh bulan.”

Dengan hati yang teruja bercampur gembira, wanita ini tidak sabar untuk menceritakan saat indah ini kepada suaminya. Namun, respon yang diberikan si suami membuatkan dia tergamam sebelum mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya.

“Terkejut sangat ketika itu. Lepas itu, aku beritahu suami tapi dia siap cakap kita cerai saja kalau kandungan tersebut tidak digugurkan.

Lebih rela berpisah dengan suami

Wanita ni rela berpisah dengan suaminua jika dia ‘dipaksa’ mengugurkan kandvngannya semata-mata memenuhi kehendak suaminya yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan.

“Aku memutuskan untuk cerai daripada harus digugurkan kandungan ini kerana anak adalah anugerah dan amanah yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. yang perlu dijaga dan disayangi dengan sebaik mungkin.”

Menerusi video yang lain, wanita ini sempat menceritakan sepanjang mengandung dia sama sekali tidak mengalami alahan-alahan seperti ibu mengandvng yang lain dan hanya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor susulan rasa sak1t di bahagian perut.

Menurut wanita ini juga suaminya sempat memberikan alasan dia belum bersedia untuk mempunyai cahaya mata kepada wanita ini.

Alasannya dia belum sedia untuk ada anak. Dia juga tak pernah bagi nafkah dekat aku daripada mula kahwin sampailah kami cerai.

Video penuh ada dibawah :

@opalopal_10harus kuat walaupun tidak ada suami🥺😭 #fypシ #viral #wanitakuat #wanitahebat #semangatberjuang #xyzbca♬ Di sound ini banyak orang2 kuat – MILKAAAA

@opalopal_10🥺 #wanitakuat #wanitahebat #wanitatangguh #wanitasabar #semangatberjuang #fypシ #viralin #beradafypシ #xyzbca♬ original sound – SusanGrace23

Leave A Reply

Your email address will not be published.