Tangkap isteri curang setelah permohonan rentas negeri diluluskan polis

0

Tujuan seorang lelaki untuk merentas negeri dengan meminta izin balai polis berdekatan untuk menangkap isterinya yang curang dengan lelaki lain tular di laman Twitter sejak semalam.

Menerusi satu hantaran di akaun Twitter @AimanAfiq_s memaparkan bukti surat rentas negeri rakannya yang mahu menangkap isterinya yang bercinta dengan lelaki lain mendapat kelulusan dari balai polis tersebut.

Menurutnya, kejadian tersebut benar-benar terjadi dan dia sudah pun meminta izin rakannya untuk menularkan cerita tersebut di laman Twitter.

“Benda ini memang jadi ya kawan-kawan. Saya sudah minta izin pemilik surat ini untuk ditularkan di laman Twitter. Setelah selesai kejadian tersebut, kawan saya nampak lebih tenang,” jelasnya.

Rata-rata pengguna laman Twitter menyokong dan ada yang turut sama berkongsi pengalaman mereka yang dicurangi ketika berkahwin.

 

 

 

“Saya pernah alami dulu. Memang betul, tak tenang hati dibuatnya. Baik perempuan mahupun lelaki, curang itu tidak mengira sesiapa pun. Sebab itulah setia itu mahal. Tetapi, ramai yang rugi kerana curang. Jika kahwin disebabkan nafsu dan harta, tidak akan ke mana, baik kita sama-sama betulkan niat mulai sekarang,” balas @TengkuAzlanSha2.

“Masalahnya lelaki itu kenapa mahu bercinta dengan isteri orang? Mesti perempuan tu tak curang kalau bukan sebab lelaki itu yang mengorat dulu. #Donesalahkanlelaki,” gurau @AnneWarad.

“Bila jadi kes begini, kita (lelaki) boleh cakap ‘perempuan semuanya sama’ ke? Kalau tidak boleh, begitu jugalah sebaliknya,” seloroh @naimbinzaini. – K! ONLINE.

Leave A Reply

Your email address will not be published.