Target beli Axia, tak sangka mampu beli Mercedez. Gadis 20 tahun ini kongsi bagaimana dia mula berniaga

0

Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tak siapa tahu. Bidalan ini sesuai dengan seorang gadis berusia 20 tahun apabila dia mendpaat durian runtuh secara tiba-tiba pada usia muda melalui bisnes online menjual tudung.

Menjadi tular di aplikasi TikTok, sebuah video memaparkan usahawan tudung itu menerima sebuah kereta mewah jenama Mercedez Benz yang dibeli menggunakan duit simpanan sendiri hasil perniagaannya sejak 13 tahun lagi.

Tidak sangka rezeki datang bergolek

Menurut Nur Alia Shahirah Hayazi, beliau sendiri tidak menyangka akan rezeki itu.

“Saya start bisnes masa tingkatan satu. Masa tu saya jual sabun madu kelulut, jual baju bundle, jual chocojar, ayam Korea, kek dan macam-macam lagi.

“Kawan-kawan dan cikgu memang tahu saya suka berniaga. Sampai cikgu tanya, nak jual apa lagi?
“Ketika tngkatan lima saya mula jual tudung pula. Kemudian habis sekolah, saya smabung pengajian dalam bidang Filem di UiTM.

“Ternyata ia bukan minat saya. Saya lebih suka bisnes. Sempat belajar dalam sebulan, saya berhenti dan terus fokus pada bisnes,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Alia, anak bongsu daripada tiga beradik yang menetap di Changlun, Kedah itu mengakui seronok menjadi usahawan pada usia muda.

@aliacollectionnYa allah My Big achievement 😭🤍 mcm taksangka boleh beli kereta sendiri seawal umur 20 TAHUN ! Alia doakan sapa yg tngk ni berjaya dunia & akhirat 🤍♬ original sound – VSLZARAHBUHARI

Rasa tak percaya kereta baru diantar guna lori sampai depan rumah

Memang seronok sebab boleh tolong keluarga dengan hasil jualan kita. Seronok ada duit sendiri, tak perlu harapkan duit keluarga. Rasa sangat bersyukur.

“Mak saya pun buat bisnes. Dulu mak berniaga kerepek, teddy bear, kosmetik, minyak wangi dan macam-macam lagi. Biasanya mak akan berniaga di ekspo.

“Masa kecil dulu saya selalu ikut mak berniaga sampai lewat malam. Sebab tu saya rasa nak berniaga juga.

Ada orang kata yang saya ni berasal dari keluarga senang. Pada saya, mereka tak duduk di tempat saya. Sebelum senang kita pasti bermula dengan susah dahulu.

“Nak senang mesti lalu jalan berliku. Tiada benda yang kita buat terus dapat dengan senang. Macam-macam kena hadap.

“Kalau orang komen tu, saya rasa mereka cakap apa yang mereka rasa. Tapi mereka tak lalui apa yang saya rasa. Saya hanya biarkan komen sebegitu,” kata Alia lagi.

Menurut Alia, dia mula mengusahakan tudung jenama sendiri pada hujung tahun 2019 dan kini mempunyai sekitar 2,000 dropship di seluruh Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Indonesia dan Singapura.

Bercerita mengenai kereta pertamanya itu, Alia berkata dia sudah menabung wang selama dua tahun dan sama sekali tak menyangka impiannya akan menjadi kenyataan.

“Kereta itu baru sahaja dibeli pada bulan ini. Ketika ia dihantar dengan lori ke depan rumah, saya rasa macam tak percaya.

“Ini kereta pertama, saya menabung sejak dua tahun lalu. Tapi kalau diingat semula masa tingkatan lima dulu, saya hanya target nak beli Perodua Axia atau MyVi.

“Tapi ini semua rezeki Allah. Mungkin nampak biasa pada mata orang, tapi ia luar biasa pada saya. Saya kadang-kadang tak tidur malam fikirkan perniagaan,” ujarnya lagi.

Pesan Alia, sesiapa sahaja khususnya anak muda boleh menceburi bidang bisnes asalkan mereka rajin berusaha dan tidak berputus asa.

Sumber: Mstar

Leave A Reply

Your email address will not be published.