Mediaklik
Tarikh Bayaran BUDI MADANI : Bantuan Tunai RM200

Tarikh Bayaran BUDI MADANI : Bantuan Tunai RM200

Tarikh Bayaran BUDI MADANI bagi bulan Sepetember 2024 telah diumumkan oleh pihak Kementerian Kewangan baru-baru ini sebagai rujukan umum.

Program khas BUDI MADANI ini adalah merupakan platform menyelaraskan semula subsidi kepada rakyat yang berkelayakan.

Inisiatif ini diperkenalkan adalah bagi memastikan kebajikan kepada majoriti rakyat agar terpelihara dengan memberikan hanya untuk golongan yang benar-benar perlukan.

Bayaran BUDI MADANI Secara Bulanan

Kerjaaan telah memperkenalkan program BUDI MADANI kepada umum sebagai inisiatif tambahan kepada rakyat Malaysia.

Ini berfungsi sebagai penyasaran subsidi bahan api diesel melibatkan pemilik kenderaan jenis minyak diesel persendirian individu.

Bantuan ini disediakan khusus kepada kategori petani kecil dan pekebun kecil komoditi serta pengangkutan darat di Semenanjung Malaysia.

Kadar pemberian insentif istimewa ini adalah berjumlah RM200 setiap bulan bagi menangani masalah kos sara hidup pada waktu ini.

Kategori Penerima BUDI MADANI

Terdapat 3 kategori kelayakan penerima bagi mendapatkan insentif bantuan ini, antaranya seperti berikut :

1- BUDI INDIVIDU : Bantuan berbentuk subsidi tunai disediakan khusus kepada pemilik kenderaan diesel

2- MYSUBSIDI DIESEL : Inisiatif untuk kenderaan awam serta pengangkutan barangan darat yang layak untuk terus mendapatkan subsidi melalui fleet card

3- BUDI AGRI-KOMODITI : Insentif bantuan tunai ditawarkan kepada golongan para penternak, petani dan pekebun kecil.

 

Tarikh Bayaran BUDI MADANI Berikutnya

  • Permohonan dari 1 – 31 Ogos 2024 : Bayaran dikreditkan mulai 9 September 2024
  • Permohonan dari 1 – 30 September 2024 : Bayaran dikreditkan mulai 7 Oktober 2024
  • Permohonan dari 1 – 31 Oktober 2024 : Bayaran dikreditkan mulai 8 November 2024
  • Permohonan dari 1 – 30 November 2024 : Bayaran dikreditkan mulai 6 Disember 2024
  • Permohonan dari 1 – 31 Disember 2024 : Bayaran dikreditkan mulai 7 Januari 2025.

 

Permohonan BUDI MADANI RM200 Masih Dibuka

Untuk makluman, pendaftaran permohonan bagi program khas ini dibuka sepanjang tahun ini. Kepada yang berminat dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan secara online.

Panduan mohon adalah seperti dibawah :

  1. Sila layari laman pautan rasmi BUDI MADANI – https://budimadani.gov.my/
  2. Kemudian mendaftar akaun pengguna
  3. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah ditetapkan
  4. Masukan maklumat yang diperlukan
  5. Isi maklumat kenderaan
  6. Pilih kelas individu
  7. Sahkan maklumat permohonan
  8. Periksa keputusan pada ‘semakan status’ dalam tempoh yang telah dimaklumkan.

Nota : Kepada yang berkeperluan dan menepati kriteria kelayakan, disarankan kemukakan permohonan agar dapat manfaat dari program khas ini.

Add comment