Mediaklik
Tarikh Rasmi Pembayaran STR Fasa 3 Telah Diumumkan!

Tarikh Rasmi Pembayaran STR Fasa 3 Telah Diumumkan!

Tarikh Rasmi Pembayaran STR fasa 3 bagi sesi tahun ini telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan yang akan bermula dari 29 Ogos 2024.

Kerajaan akan menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa 3 seperti yang dijadualkan mulai khamis minggu hadapan kepada lebih 8 juta penerima sedia ada.

Manakala bagi penerima baharu dan rayuan pula, bantuan akan disalurkan mulai 18 September 2024 bersamaan hari rabu.

Tarikh Rasmi Pembayaran STR Fasa 3 (29 Ogos)

Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa peruntukan STR telah ditingkatkan sebanyak RM2 bilion berbanding tahun 2023.

Bantuan fasa ketiga ini akan memberi manfaat kepada sekitar hampir 60 peratus penduduk dewasa Malaysia.

Penambahan peruntukan ini mencerminkan komitmen kerajaan dan atas keprihatinan bagi menangani masalah kewangan golongan B40 dan M40 terendah.

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan mula diagihkan pada 29 Ogos 2024 dan 18 September 2024.

Kadar Pembayaran Rasmi STR Fasa 3 Mengikut Kategori

  • Isi rumah B40 : RM150 – RM650
  • Isi rumah M40 : RM150 – RM300
  • Bujang B40 : RM50
  • Warga emas : RM150

Kaedah Pembayaran STR Fasa 3

  • Kredit ke dalam akaun Bank : 29 Ogos 2024 sehingga 6 September 2024
  • Tebus tunai di BSN (Tiada akaun bank) : Mulai 29 Ogos 2024 (penerima sedia ada) Mulai 18 September (Penerima baharu & rayuan)

Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Pada penghujung bulan ini, penerima bantuan tunai rahmah boleh membuat semakan status permohonan dan bayaran bagi fasa ketiga.

Untuk cek status pembayaran anda boleh semak melalui pautan rasmi STR – https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program STR, sila hubungi talian khas bantuan tunai STR/ SARA MOF di 03-8882 4565/4566.

Add comment