Di bawah program Sustainability Achieved via Energy Efficiency’ (SAVE), kira-kira lebih 80,000 isi rumah yang merupakan mangsa banjir akan mendapat rebat RM500 untuk pembelian barangan elektrik secara dalam talian di platform-platform tertentu.
Bantuan rebat ini diumumkan oleh Perdana Menteri dengan matlamat untuk meringankan beban isi rumah yang terkesan akibat banjir. Individu yang layak boleh membuat pembelian secara fizikal di premis berdaftar di bawah SAVE dan platform-platform online yang telah ditetapkan.
REBAT RM500 BARANGAN ELEKTRIK
Di bawah program Sustainability Achieved via Energy Efficiency’ (SAVE), kira-kira lebih 80,000 isi rumah yang merupakan mangsa banjir akan mendapat:
- Rebat RM500 untuk pembelian barangan elektrik
TARIKH PELAKSANAAN
SEDA Malaysia akan mengumumkan perincian lanjut mengenai inisiatif rebat berkenaan pada 7 Januari 2022, merangkumi mekanisma tebusan barangan dan jenis barangan.
- Mulai 7 Januari 2022
PLATFORM TERPILIH UNTUK PEMBELIAN
Pembelian barangan elektrik dengan rebat tersebut boleh dilakukan di:
1. 1,400 premis berdaftar di bawah SAVE; atau
2. Platform e-dagang
- Lazada
- Shopee
- PGMall
NADMA akan keluarkan dokumen pengesahan bagi memudah cara urusan pembelian.
GOLONGAN SASARAN
Rebat RM500 ini akan diberikan kepada :
1. Mereka yang terkesan banjir
2. Terlibat banjir tidak kira di negeri mana
DOKUMEN DIPERLUKAN
1. Salinan kad pengenalan
2. Akaun bil elektrik domesti TNB yang sah; dan
3. Dokumen sokongan berkaitan mangsa banjir (salh satu salinan asal laporan dariapda agensi berikut:
- Polis
- NADMA
- Pegawai Daerah
- Surat sokongan dari Ketua Komuniti (JKKK, JMB / JMC, Persatuan Penduduk, dll); atau
4. Agensi kerajaan yang terlibat dengan penyelarasan bantuan mangsa banjir.
KAEDAH PENEBUSAN
Teradpat 2 kaedah disedia untuk pengguna mendapatkan rebat yang ditawarkan iaitu:
1. Pembelian dan penebusan di Kedai atau Pasar raya Berdaftar; atau
2. Pembelian secara dalam talian (e-dagang – Shopee/ Lazada/ PGMall
Kedua-dua kaedah ini beroperasi menggunakan platform SAVE oleh pekedai termasuk yang di dalam talian. Pastikan anda bawa bersama dokumen yang diperlukan di atas untuk pembelian.
Untuk maklumat lanjut mengenai program ditawarkan, anda boleh rujuk FAQ Penuh di seda.gov.my
Add comment