Temankan anak-anak menonton filem lucah, ini pejelasan Yuni Shara

0

Menjadi seorang ibu tunggal dan harus membesarkan serta menjaga dua orang anak bukanlah satu hal yang mudah bagi Yuni Shara. Menurut Yuni, dia mengakui yang dirinya harus mendekatkan diri pada dua anaknya itu, iaitu Cavin Obrient Salomo Siahaan dan Celo Obient Siahaan.

Bukan hanya kerap memberikan nasihat untuk berkerja keras, adik kepada Krisdayanti itu turut mendedahkan yang dia sengaja mempelajari pendidikan seks demi anak-anaknya.

Hal ini kerana, dia berkata yang dirinya tidak mampu memantau anak-anak nya serta pergaulan mereka selama 24 jam sehari.

“Jadi sex education aku juga pelajari,” ungkap Yuni Shara menerusi saluran Youtube Venna Melinda.

“Kita tak boleh handle anak kita 24 jam,” lanjutnya lagi.

Menurut penyanyi lagu Sepi itu, golongan remaja memang memiliki rasa ingin tahu yang cukup tinggi. Bahkan, di usia anaknya saat ini,
Yuni sangat memahami yang mereka memiliki rasa ingin tahu terhadap filem-filem lucah.

“Tak mungkinlah ya, anak-anak kita tak menonton filem ini (filem lucah). Filem ya, pornolah maksudnya. Ada yang jenis anime, mau jenis apa segala macam, akan ada,” jelas Yuni.

Sebagai ibu yang ingin mendidik anaknya dengan cara sebenar, agar tidak sampai menconteng arang pada nama baik keluarga, bekas kekasih Raffi Ahmad itu mengaku menemani anaknya menonton filem tersebut. Meskipun pada awalnya anak-anaknya berasa canggung.

“Jadi lebih baik kita temanin saja,” ujarnya.

Bagaimanapun, hasil tinjauan 0i Jom, bahagian perbualan tentang perkara berkenaa telah disunting daripada vide0 di saluran Venna Melinda.

Sumber: Oijom.com

Leave A Reply

Your email address will not be published.