TERKINI: Kenderaan bawa Ketua Polis Negara & Panglima Angkatan Tentera Memasuki Bangunan Perdana Putra

0

Politik tanah air sememangnya tidak lekang dengan kontroversi sejak dulu lagi. Terkini kenderaan yang membawa beberapa individu penting dilihat memasuki bangunan Perdana Putra, Putrajaya pagi ini, lapor Bernama TV.

Menurut agensi itu di laman Twitter, kenderaan yang membawa Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilihat tiba pada 9.20 pagi tadi.

Dalam pada itu, kenderaan yang membawa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dilaporkan memasuki Pintu 2 Istana Negara pada 9.30 pagi,

Dalam kemaskini yang terbaru Bernama TV, kenderaan yang membawa Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dilihat memasuki pintu protokol Bangunan Perdana Putra, Purtajaya sebentar tadi.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.