Mediaklik

[TERKINI] TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN PEMBELIAN TELEFON PINTAR RM300 UNTUK SETIAP ISI RUMAH BERMULA MEI INI


Kerajaan menambah subsidi pembelian telefon pintar atau peranti baharu daripada RM180 dalam Belanjawan 2021 kepada RM300 di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, subsidi itu disediakan untuk semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi merapatkan jurang digital golongan B40 dan menyokong agenda pendigitalan negara.





SUBSIDI PEMBELIAN TELEFON PINTAR RM300

Bantuan RM300 ini akan diterima oleh lapan juta dari golongan B40 dalam bentuk kredit telekomunikasi. Bantuan ini boleh digunakan sebagai pembelian telefon pintar baru atau pembelian peranti baru.

Perdana Menteri juga menyeru syarikat telekomunikasi supaya menawarkan pakej internet mampu milik dan meneruskan kuota tambahan.

KATEGORI YANG LAYAK

Di bawah pakej PEMERKASA, kerajaan akan memberikan RM300 khusus untuk

  • Isi rumah yang mempunyai anak bersekolah


TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN RM300

Program subsidi ini akan dilancarkan pada awal bulan Mei 2021 iaitu :
  • pada 5 Mei 2021


CARA BUAT PERMOHONAN

Langkah untuk membuat permohonan bantuan RM300 ini akan dimakluman sebelum 5 Mei 2021.


Individu dan isi rumah yang layak boleh memohon bantuan ini bernilai RM300. Setiap maklumat atau permohonan mengenai bantuan RM300 ini akan dikemaskini dalam masa terdekat.

Add comment