Tolak Ivermectim, PPIM buat laporan Polis terhadap KKM

0

Satu laporan polis telah dibuat ke atas Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia hari ini kerana keengganan KKM menggunakan ivermectim sebagai rawatan untuk mencegah penularan wabak Covid 19.

Dipetik dari sumber Berita Harian, laporan polis itu dibuat ada jam 11 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi yang turut dihadiri oleh aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Menurut PPIM dalam satu kenyataan berkata laporan polis yang dibuat ini sebagai inisiatif inklusif pertubuhan NGO tersebut dalam memperjuangkan hak kepenggunaan yang dilihat seakan tiada kompromi daripada ppihak atasan dalam mempertimbangkan kaedah serta rawatan alternatif sebagai satu usaha mengekang penularan wabak Covid 19.

Keengganan KKM dalam memeertimbangkan keberkesanan penggunaan ivermectim ini juga meneurut beliau adalah satu kesalahan jenayah meskipun pihak KKM sudah mendapat nasihat dan surat daripada doktor pakar di Malaysia mengenai keberkesanan ivermectin ini.

Namun seakan menjadi persoalan hingga kini mengapa KKM seakan tidak mahu melayan dan memberikan perhatian terhadap isu ini.

“Sudah banyak kajian klinikal membukatikan keberkesanan ivermectim dalam mengurangkan risiko jangkitan sebanyak 88% dan kemampuannya mengurangkan kadar kematian sebanyak 83%.”

“Selain itu sudah banyak juga percubaan prophylais menunjukkan pengurangan yang menggalakkan penyebaran virus ini.” tambahnya lagi.

BELUM ADA BUKTI KEBERKESANAN IVERMECTIM

Untuk makluman, KKM dan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) memulakan ujian klinikal bag mengkaji kesan penggunaan serta keberkesanan Ivermectim untuk pesakit
Covid 19 yang berisiko tinggi i 12 hospital dibawah kementerian itu.

Rujuk : KKM Facebook

KP Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata Ivermectim adalah sejenis ubat antiparasit yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA)

Ia digunakan secara meluas bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases.

walaubagaimanapun masih belum ada bukti konklusif tentang keberkesanan Ivermectim dalam isu merawat pesakit Covid 19.

FDA pada masa yang sama tidak meluluskan penggunaan Ivermectim bagi merawat dan mencegah covid 19 ke atas manusia.

Leave A Reply

Your email address will not be published.