Video Ebit Lew tersebar, ada rancangan jahat nak jatuhkan beliau

1

Video Ebit Lew : Sejak malam semalam kecoh di media sosial terutamanya di Facebook berkenaan penularan video tak senonoh mirip pendakwah selebriti terkenal tanah air, Edit Lew.  Melalui mencarian kami di Twitter, didakwa video tersebut telahpun dihapuskan di Twitter sejak malam tadi.

Ebit Lew, sebelum ini terpalit isu kontroversi bersama Caprice, Nadir dan Firdaus Wong berikutan beberapa pendapat dan tindakan Ebit Lew yang dikatakan tidak sensitif dengan budaya penduduk tempatan Palestin tentang isu anak yatim dan cara redah dan dakwah yang kurang digemari oleh sesetegah pihak.

video ebit lew

Tidak lama selepas itu muncul pula isu audit Pertubuhan Kasih Umat Malaysia yang sampai sekarang belum dijawab oleh Ebit Lew setelah Nadir sendiri mengeluarkan kenyataan dan laporan kewangan bagi menjawab persoalan dari Ebit Lew kemana perginya RM20 juta pada sesi live beliau yang lepas.

Baca juga : Video Ebit Lew tersebar di Twitter, ada usaha nak jatuhkan beliau  

Berikutan tersebarnya video Ebit Lew di laman Twitter sejak semalam, hingga hari  ini tiada respon balas dari Ebit Lew berkenaan berita tersebarnya video beliau yang didakwa melakukan amang seksual ke atas seorang wanita.

Pihak polis juga melalui  telah memaklumkan bahawa PDRM akan meneliti dakwaan kononnya berlaku penularan video lucah yang membabitkan gangguan seksual melibatkan individu mirip pendakwah di negara ini.

video ebit lew

Baca juga : MP Pembangkang persoal status kompaun langgar SOP selepas 21 Julai 2021

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi Malaysai Gazette berkata, satu kenyataan bakal menyusul dalam masa terdekat daripada PDRM namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Ebit Lew merupakan pendakwah bebas yang tidak asing lagi namanya di Malaysia. Kekerapan beliau membantu orang susah dengan konsep redah dan dakwah mungkin agak tidak disenangi orang ramai diwaktu pandemik dimana ramai orang dilarang untuk rentas daerah dan negeri.

Melalui NGO Pertubuhan Kasih Umat Malaysia, Ebit dan pasukannya sering kali keluar negeri bagi memberikan sumbangan. Terbaru, Ebit Lew dan team PKUM baru sahaja selesai melakukan misi bantuan di Afrika Selatan dan Palestin ketika dunia masih bergelut dengan pandemik Covid-19

1 Comment
  1. mrhanafi says

    buat baik susah.

    buat tak baik lagi senang.

    cara termudah…bantu orang dengan cara doakan sahaja .

    tiada siapa yang tahu dan tiada siapa akan pertikai hal tersebut.

    saya doakan admin dapat apa yg admin impikan.

    aamiin

Leave A Reply

Your email address will not be published.