[VIDEO] Layan pukul orang beramai-ramai, 5 individu positif dadah selepas ditahan

0

Setelah tujuh individu yang sempat viral beberapa hari lepas akibat pergaduhan telah ditahan Polis pada pukul 5:30 petang hingga 1:45 pagi tadi, kini kesemua 5 dari 7 individu berkenaan didapat positif dadah.

Punca pergaduhan disebabkan berlakunya ejek mengejek di antara seorang pejalan kaki dengan driver Perodua Alza sehingga mengakibatkan mangsa telah dipukul beramai-ramai.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, lima individu yang terbabit dalam pergaduhan berkenaan didapati positif dadah dan empat daripadanya dipercayai positif dadah jenis benzo dan seorang lagi jenis amphetamine.

Manakala tiga wanita berusia 33, 32, dan 21 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai pula didapati positif dadah jenis benzo. Ketiga-tiga wanita itu juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.

Tambahnya lagi dua suspek lelaki yang bekerja sebagai peniaga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah serta rekod kes jenayah. Namun dua lagi suspek lelaki yang berusia 45 dan 19 tahun didapati negatif dadah.

Pihak polis juga telah merampas sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza yang telah dipandu oleh suspek serta barang-barang yang mempunyai kaitan dengan pergaduhan tersebut.

Kesemua tujuh individu tersebut telah direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.


 

Kelihatan seorang wanita turut sama menendang salah seorang lelaki yang terlibat dalam pergaduhan tersebut sehingga salah seorang daripada mereka terseret sehingga ke tengah jalan raya. Sumber video Facebook Info-Jenayah Terkini Seluruh Malaysia

Sumber : Oh Bulan

Leave A Reply

Your email address will not be published.