[VIDEO] “Siti Sarah Pakaikan Kasut Untuk Shuib” Ustaz Abdullah Khairi Terharu Patutlah Ramai Mendoakan Beliau

0

Kehilangan Siti Sarah, isteri kepada Shuib Sepahtu ibarat membuka mata ramai orang tentang kebaikan serta amal yang dilakukan oleh beliau sewaktu hidup sebagai seorang hamba Allah dan juga merangkap seorang isteri.

Siti Sarah sempat melahirkan cahaya matanya dalam keadaan pra matang, disaat keadaannya kritikal apabila kadar oksigen menurun secara mendadak.

Pemergiaannya jelas meninggalkan perasaan sedih kepada ramai netizen apabila satu demi satu kebaikan arwah Siti Sarah dikongsi oleh sahabat-sahabat. Di sebalik tegas dan lawaknya arwah, Siti Sarah juga seorang yg cukup taat pada suaminya.

Ustaz Abdullah Khairi  baru-baru ini dalam komennya di instagram cukup mengagumi sifat mulia yang dimiliki arwah. Siti Sarah sememangnya dilihat cukup menghormati suami, menyayangi anak-anak dan banyak membuat kebaikan ketika hayatnya.

“Patutlah ramai yang sayang & mendoakannya, kebaikannya banyak sangat”- Netizen

“MasyaAllah syurga untukmu Siti Sarah, isteri yang taat pada suami macam ni yang kita kena contohi”-  

 

Kehilangan Siti Sarah beberapa hari lepas membuka lembaran baru buat kesemua anak-anak mereka untuk menjalani kehidupan tanpa seorang permaisuri. Semoga roh Siti Sarah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-rang beriman.

Leave A Reply

Your email address will not be published.